SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, June 15, 2015

Kembali Ke Sekolah

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Baru berkesempatan mahu menitipkan sesuatu untuk hari ini. Semoga semua dalam keadaan baik-baik saja hendaknya. Hari ini anak-anak kembali ke sekolah setelah dua minggu bercuti. Jadinya kembalilah rutin harian aku seperti biasa.

Minggu ni hanya berbaki tiga hari saja untuk kita makan siang. Khamis ni dah mula berpuasa. Jadi hari ini aku seperti biasa memasakkan bekalan untuk Adriana dan Ammar. Sarapan dan bekal untuk di bawa ke sekolah. Ringkas dan kenyang. 

Baju mereka yang sudah siap digosok oleh papanya. Part gosok baju memang asben aku yang buat. Aku letakkan atas katil supaya senang lepas mandi boleh terus pakai.

Sarapan pagi tadi aku masakkan nasi goreng, gorengkan nugget dan juga air teh o. Itu saja buat anak-anak dan suami. Tengok mereka tiga beranak makan hati aku seronok sangat. Itu sahaja untuk pagi tadi. Kemudian masing-masing bergegas ke arah tujuan masing-masing.Itu sahaja titipan untuk petang ini. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart