SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, June 16, 2015

Majlis Pertunangan Anak Buah

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang. Entri sebelum pulang. Kalau tak diup kan di blog ini nampaknya memang terkuburlah entri kisah pertunangan anak buah aku yang berlangsung sebulan yang lepas.

Okay, sebulan yang lepas ye. Nasib sebulan punya cerita bukan yang setahun ke hape ke kan. Gambar masa majlis memang terlampau banyak. Mana yang kat handphone, mana yang kat DSLR, mana yang kat phone masing-masing. Memang juling mataku ini. Jadi aku pilih beberapa keping gambar aje. Itu pun memang paling sikit je gambar yang aku upload kat sini. Tak larat nak upload banyak-banyak. Mohon keampunanlah.

Bengang kang anak buah aku tu. Kang dia kata "bibik along punya cerita tunang tak nak cerita pun kat blog." Aku agak je dialog dia macam tu. Hehehe...


 Hari kejadian pada tanggal 15 Mei 2015. Sebuah khemah disewa.


Masa ni anak buah aku sedang dimake up.

Alahai anak-anak pun mahu jugak ye.

Tadaa..Jangan kata anak, maknya pun menyibuk. Hahaha...Fefelin jap. Selalu jadi mak comot. Hahaha...Bukan selalu kan dapat jadi macam ni. Apa salahnya gunakan peluang yang ada.

 
Bila sudah ramai-ramai memang gini aje. Bergambar tak habis-habis.

Anak buah aku dan maknya sepupu aku. 


Makcik-makcik mengapit anak buah.


Tiga dara tu adik-beradik bersama kanak-kanak ribena.

 Bergambar dengan nenek pulak. Nenek tu mak aku.


Yang ini baru neneknya iaitu mak long aku. Boleh faham tak susur galurnya?

Bila sudah make up masing-masing tak habis-habis bergambar. Mak-mak kita orang bising. Korang ni tak habis-habis bergambar.


Bersama anak buah yang diraikan. Setelah dimake up inilah wajahnya.

Sebelum tetamu tiba, bergambar lagi bersama hantaran pula.

 Sesi perbincangan antara sebelah lelaki dan sebelah perempuan.


Sudah selamat disarungkan cincin. Majlis akan berlangsung setahun akan datang. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang tahun depan selepas raya.


Akhir kalam, anak buah aku bergambar bersama umminya dan mak tunangnya. Itu sahaja kisah majlis pertunangan anak buah aku yang berlangsung sebulan yang lepas. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart