SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, June 1, 2015

Aku, Jun Dan Cuti Sekolah

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam pembuka bicara buat bulan baru. Jun sudah menampakkan dirinya. Maksudnya sudah setengah tahun 2015. Jun adalah bulan aku. Bulan kelahiran aku. Bila? Esok! Meniti ke usia tua. Tiada apa sambutan pun dah tua-tua begini. Cukuplah ada suami dan anak-anak di sini. Itu sahaja sudah memadai.

Hari ini adalah hari pertama cuti sekolah. Seronok tak terkira. Bukan sebab pergi bercuti pun tapi sebab jalan clear. Hahaha...Tadi keluar rumah jam 7.15 pagi masih sempat sampai pejabat sebelum waktunya. Stress pun tak ada. Selalunya keluar dari taman je dah stuck depan sekolah. Dengan traffic light bagai. Lambat keluar memang jangan kau bermimpi nak sampai awal. Bila cuti sekolah tak adalah nak rushing sebelah petang nak amik Adriana dari tusiyen. Bolehlah bersantai sikit dua minggu ni.

Cuti sekolah kali ini no vacation. Tidak termasuk dalam bajet tahunan cuti sekolah kali ini. Jadi anak-anak hanya bercuti di rumah atok dan nenek. Cuma adriana saja ada tuisyen sebelah pagi. Nak berjalan pun tunggulah hujung minggu. Pergi balik hari je. Tak pun bawa anak-anak jalan sekitar negeri Melaka.

Gambar terkini dengan tudung AJ. Aku ni memang payah nak tunjuk gambar selpie. Malu baq hang. Kalau cantik macam model tak apalah jugak. Jadi kena sedar-sedar dirilah ye. Itu saja entri pagi ini di bulan baru. Semoga baik-baik sahaja untuk bulan ini. Menghitung hari untuk menyambut puasa. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart