SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, June 9, 2015

Makan-makan Bersama Kawan-kawan

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Seperti biasa sebelum pulang meninjau sekejap blog kesayangan. Masa terhad untuk menulis blog. Tidak lagi seperti dulu yang punya masa di rumah boleh menggodek segala macam perihal blog ini.

Baiklah, berbalik kepada tajuk di atas. Entri ini pun agak lama terperam. Sebelum diperam lebih lama baiklah aku titipkan di sini sebagai kenangan. Dua minggu sebelum Kak Nisah bertukar, Hj Gapal telefon aku ajak keluar makan beramai-ramai. Hj. Gapal tu dah bersara bulan April lalu. Dia memang rajin ajak kita orang makan dan belanja kita orang.

Jadi hari rabu dua minggu yang lepas kita orang berjanji di satu tempat yang telah dipersetujui ramai. Orang yang nak belanja tak pilih tempat, kita orang yang disuruh pilih tempat.

Kita orang makan tengahari di Hotel Kings.

Ini makanan aku.

Ada yang ada tempoh hari. Ini pun tak cukup korum sebab CC Noraini tak dapat datang.

Kawan-kawan aku ramai yang veteran. Walaupun usia kami jauh berbeza tapi tidak membataskan untuk berkawan.

Seronok dapat bergambar beramai-ramai. Masing-masing pegang plastik yang berisi kuini. Kak Rehan yang bawak.
Dari kanan : Hj Gapal, aku, Kak Nisah, Hawa, CC Rasimah, Kak Rehan, Kak Mima dan Encik Fadil.

Sama juga orangnya cuma yang berbaju kuning tu si Mira Mokhtar. Mesti dah familiar dengan nama itu. Itu sahaja kisah kami makan beramai-ramai sempenan meraikan Kak Nisah yang bertukar. Entah bila dapat berjumpa lagi begini. Inilah memori tercipta antara kami. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart