SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, June 16, 2015

Jumpa Kawan Lama Di Putrajaya

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Pagi ini agak dingin sebabnya malam tadi hujan membasahi bumi. Tengah malam pun hujan lagi. Aku tidurkan anak-anak terus tertidur sekali hingga pagi tadi.

Berbalik kepada tajuk entri, awal cuti sekolah tempoh hari aku dan anak-anak bercuti di Putrajaya. Kebetulan suami ada mesyuarat di sana jadi kami pun diangkutnya sekali. Malam khamis sudah berada di Putrajaya. Jadi sepanjang hari khamis aku dan anak-anak dok melangut di dalam bilik saja. Sebelah malam barulah keluar berjalan. Itu pun kita orang ke IOI City Mall je. Entrinya di SINI.

Kemudian hari jumaatnya suami ada mesyuarat di Cyberjaya. Hari tu aku dah berjanji dengan kawan lama aku nak berjumpa. Kawan baik masa aku kerja di KKLW Putrajaya. Dah agak lama juga tak berjumpa dengan Yana. Jadi pagi tu awal-awal pagi aku dan anak-anak bersiap. yana janji nak datang jemput aku dalam pukul 10.30 pagi.

Duduk seharian hari khamis  di bilik habis aku selongkar. Aku habiskan tengok cerita dekat tonton. Nasiblah wifi laju giler. Syok je tengok drama-drama yang aku tertinggal episod.

Ini dalam toilet.

Ini hari khamisnya. Tengok anak-anak aku. Bergolek bagai masing-masing. heaven sangat.

Hari jumaatnya masa jumpa kawan aku. Memandangkan semua perempuan, mamat ni  kejung kejap. Makan tak nak, minum tak nak. Malu kut. Lama jugak nak serasikan diri.

Aku makan mee ni masa tu. Entah apa namanya aku pun tak ingat.

Inilah kawan aku Yana bersama anak keduanya. Gambar ni anak dara aku ler yang tangkapkan.

Kemudian lepas makan kita orang naik train dalam IOI City Mall. Seorang RM5.

Masa ni keretapi ni dah habis pusing. Sekejap je pun. Janji budak-budak happy.

Sebelum turun mestilah bergambar. Kenangan kan.

Jalan-jalan sambil tengok orang main ice ski ni. Betul ke namanya.

Tengok tu. Masa ni Ammar dah boleh join Sarah dan Azra. Masa ni kat Alamanda. Kita orang beratur beli air. Yana ada beli barang dapur sikit jadi aku suruhlah budak-budak tu jaga barang-barang. Entah apa yang Ammar beria cerita masa tu.

Seharian keluar. Dari pagi sampailah ke petang. Memang kepenatan. Tekak pun sakit dok terjerit-jerit kat budak-budak ni. Berlariler, melompatler. Padahal bawa empat orang je macam bawa empat puluh orang gamaknya. Itu sahaja entri pagi ini. Bersambung lagi dengan cerita sebelah malamnya pula. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart