SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, June 8, 2015

Percutian Singkat @ Putrajaya

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi isnin. Kembali lagi pada hari  ini dengan entri yang sudah ditaip awal. Cuma diauto publish. Jadi entri ini bukan ditaip pada waktu bekerja ye. Sila ambil maklum. Huhuhu...

Entri kali ni mengisahkan percutian singkat dan tidak dirancang pun. Buat keputusan isnin lepas hari pertama cuti sekolah. Kebetulan asben ada meeting khamis dan jumaat jadi asben kata teruslah kiranya bercuti. Aku terus mohon   cuti. Selasanya hari jadi aku dan masa tu baru booked hotel. Asben booked dekat IOI Palm Garden. Dekat dengan IOI City Mall. 

Hari rabu sebelah malam dalam jam 9 kita orang bertolak ke Putrajaya. Sampai Putrajaya tepat 12 tengah malam. Esoknya khamis seharian aku dan anak-anak duduk di hotel je. Makan, tidur. Tidur, makan. Aku bawak macam-macam bekalan makanan termasuklah nasi dan sambal sardin. Sebelah malam barulah asben bawak jenjalan. Ke manakah?

IOI City Mall ler. Dah duk dekat tak pi memang tak patut.

Pertama kali sampai. Asalkan sampai. Huhuhu...

Dalam mall. Inilah rupanya. Besar jugak. Kejung kaki berjalan.

Nampak Magnum. Eh tak ramai orang. Tempoh hari masa pergi pesta buku singgah kat Mid Valley tak dapat rasa. Ramai orang. Beratur panjang. Siapa yang nak?? Aku tak nak. Hehehe...

Bayar dulu kemudian pilih tiga jenis bahan yang nak ditabur atas aiskrim. Ada kacang, badam, macam-macam. Pilih tiga je. Jangan nak lebih-lebih.

Kemudian pilihlah coklat apa yang kita mahu.

Taraaaa. Inilah rupanya.

RM9.90 ye seketul tu. Jadi kita perlu senyum tanpa perlu berkata-kata.

Sebelum keluar sempat bergambar di depan kedai.

Duduk kat luar untuk menikmati aiskrim seketul tu. Nampak aku dok pegang. Sayang nak makan. Hahaha..Gilir-gilir gigit aiskrim seketul tu empat beranak. Asal merasakan.

Sambil makan menikmati permandangan air pancut. 

Empat beranak yang sudah selesai menghadamkan aiskrim mahal.

Dari IOI kami ke Taman Warisan Putrajaya untuk makan malam. Makan nasi ayam, satay kajang dan nasi goreng cili padi.

Cendol ni untuk aku. Sedap baq hang. Termengah-mengah nak menghabiskannya. Itu dulu entri pertama percutian kami empat beranak. Bersambung lagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart