SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, June 16, 2015

BFF Day Out

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengahari semua. Letih hari ni menjadi operator. Melayan klien yang datang. Ramai tak ada di pejabat hari ni sebab mereka ada majlis di STB Sg. Lereh. Aku memang lebih suka dok melangut di pejabat. Seperti biasalah.

Okaylah, berbalik kepada tajuk entri. Tanggal 2 Jun iaitu hari ulangtahun kelahiranku, aku dan Mira Mokhtar outing. Berdua aje. Aku cuti dan kebetulan dia pun cuti. So memang itu adalah hari terbaik untuk kita orang berjimba-jimba. Bukan senang nak dapat pelepasan dan waktu begitu adalah sangat berharga. Memandangkan aku dah kawin memang agak terbataslah nak keluar cenggini. Kena cari waktu yang sesuai. Kalau nak keluar kena set dua minggu sebelum. Kena adjust betul-betul supaya masa aku terkawal.

Jadi seperti yang dirancangkan, pagi tu siapkan anak-anak. Suami ke kerja dan hantar anak-anak. Adriana tuisyen dan ammar duduk rumah mak aku. Kemudian aku pun bersiap sebab janji dengan Mira Mokhtar pukul 9.30 pagi. Dia datang jemput aku kat rumah. Mem besar kan kenalah berjemput. Hahaha...

 
Dalam perjalanan ke Aeon Bandaraya. Muka masing-masing tersenyum ye. Dapat berjalan kan.

Melaram jap. TIme drive pun nak bergambar ye. Masa ni kereta tengah berhenti.

Kita orang sampai lima belas minit lagi pukul sepuluh. Awal kan. Pintu JJ pun belum bukak. Ini yang dok kat luar. Bukan kita orang aje awal ada orang lain jugak. Sudahlah masa ni perut masing-masing kelaparan.

Selfie dulu untuk kenyangkan perut. Hehehe...

Sebaik pintu JJ dibuka kita orang pun meluru masuk. Tempat pertama yang dituju dulu adalah food court. Lenggang. Cepat pesan makanan. Kami makan wantan kering. Mira Mokhtar belanja i hari tu. Thank you kawan!

Sebelum meninggalkan food court bergambar dulu. Ini senyuman kenyang namanya. Ada tempat lain yang mahu dituju hari tu. Mana lagi?

Karoklah. Kita orang memang tak pegi tempat lain sekarang ni. Sejak aku terjebak dengan karok memang aku heret si Mira Mokhtar. Eh dia yang ajar aku dulu. Itu yang aku dah terjebak. Aku selalu pergi berdua aje dengan dia. Setakat nak meloloskan diri daripada tekanan-tekanan yang ada. Bolehlahkan sekali-sekala. Dah kawin ni tak sesuai sangat nak berpeel begitu. Hehehe...

Itu sahaja. Nanti bersambung lagi dengan entri-entri yang tertunggak dan tertangguh. Harap dapat habiskan cerita yang tertangguh sebelum puasa ni. Huhuhu...Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart