SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, June 21, 2015

Berbuka Puasa Di Rumah Mak Mertua Dan Rumah Mak

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Pagi ahad 4 Ramadhan. Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik aje. Aku baik saja bersama suami tercinta serta anak-anak tersayang. Menjalani ibadah puasa bersama demi mencari ketenangan. 

Hari ini bersantai-santai di rumah sambil lipat baju sambil menonton televisyen. Sementara tu fikir juga dalam kepala mahu masak apa petang nanti. Hari ini berbuka di rumah sendiri aje. Tak ke mana-mana. Dua hari sudah berbuka di luar. Jumaat tempohari ramadhan kedua kita orang berbuka dekat rumah mak mertua aku. Semalam ramadhan ketiga kita orang dah pun berbuka dekat rumah mak aku. Jadi hari ini berbuka di rumah sendiri. Adil dan saksama. Hihihi...

Ini juadah berbuka masa dekat rumah mak mertua. Mak mertua masak nasi lemak, sambal sotong, siput sedut. Aku bawa bubur jagung hari tu. Masak banyak bubur jagung. Aku hantar sikit kat rumah mak dan rumah kakak sepupu aku. Semua dapat merasa.

Bubur jagung hasil air tanganku.

Ini pula juadah berbuka semalam di rumah mak. Mak masakkan makanan kegemaranku iaitu roti jala. Juadah lain ada tauhu sumbat. Aku dan asben ke bazaar ramadhan beli kuih tepung pelita dan murtabak.

Inilah roti jala yang membuatkan aku makan bertambah-tambah. Nikmat yang tidak terhingga. Itu sahaja kisah 2 dan 3 Ramadhan aku anak beranak. Seronok berbuka dengan ahli keluarga tersayang. Okaylah, mahu undur diri dulu. Bersambung lagi dengan kisah yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart