SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, June 8, 2015

Dugaan Di Hari Minggu

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat tengah malam. Baru berkesempatan menitip sesuatu di blog ini. Banyak cerita yang tertangguh dan kian jadi cerita lapuk. Ini pun aku hanya menaip di skrin hp. Perlukan kesabaran yang tinggi bila acapkali tersalah taip. Skrin hp kecik jarinya tak runcing.

Semalam malam baru sampai rumah. Balik daripada bercuti dan pagi tadi dikejutkan dengan banjir di rumah mak. Sekali lagi. Bertabahlah dan redha. Bersangka baik pada Allah. 

Sebaik terima panggilan daripada mak, kami bersiap. Memang dah siap nak keluar nak bawak mak dan ayah aku ke Mydin. Mak ayah aku nak beli barang dapur untuk nak puasa nanti. Sudahnya terpaksa dibatalkan.

Dapat whatsapp daripada adik. Kali ni catat rekod. Paras air tinggi dari sebelumnya.

Ini bahagian depan masuk taman rumah mak.

Rumah jiran mak aku.

Masa ni kami nak masuk lorong rumah.

Bahagian belakang rumah mak. Kebum ni adalah tanam pokok.

Bahagian dalam rumah antara bilik ke bilik.

Dapur yang sudah dipenuhi air.

Porch yang tinggi paras airnya.

Lama jugak nak tunggu air surut. Jadinya masing-masing dok termenung. Dalam jam 4 petang juga baru air surut sikit-sikit.

Air semakin surut.

Jenuh nak membasuh dan mengemas.

Air surut operasi mencuci dan mengemas bermula. Anak dara aku gigih membantu. Menjelang maghrib baru selesai mencuci. Kepenatan dan kesakitan. Dugaan untuk kami. Alhamdulillah. Selesai juga mencuci. Fasa kedua berkemaslah. Aku pun dah balik rumah. Bersambung nanti. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

ayu Ismail said...

akak baca gak tempat2 terlibat banjir..rasanya hujan malam je kan..lebat and boleh banjir..semoga dipermudahkan urusan fyda and keluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart