Sunday, September 30, 2012

~My Hectic Day~

Semalam hectic day untuk aku. Hectic yang terlampau. Busy yang terlampau hingga membawak kepenatan yang terlampau. Hari jumaat sebelah malam aku sibuk membakar kek dan membuat chistart. Order daripada kawan-kawan aku. Kek diorder daripada kawan blogger aku, ejan. Malam tue settle membaking dan hari sabtu pagi aku cuma nak deko kek saje. Settle satu part!! Pagi sabtu sedang sibuk di dapur kak wati iaitu sepupu aku tel. Suruh amik dia sebab dia nak bakar kek. Oven dia rosak pulak. Bahan-bahan dah diadun. Aku dengan sepantas kilat settlekan kerja dan angkutlah budak 2 orang tue. Penat yea. Dari rumah aku nak ke rumah dia boleh tahan jauhnya. Dah amik nak patah balik rumah aku. Dia bakar 2 biji kek. Aku pulak tunggu kawan aku nak amik chistart. Siap-siap semua dalam pukul 2.30ptg keluar nak amik mak aku pulak. Mana uruskan budak 2 orang yang macam-macam peelnya. Kita orang nak pi jemputan kenduri orang nak pergi haji dan nak pi kenduri rumah makcik aku. Buat kenduri arwah pakcik.

Inilah kami di kenduri orang nak pegi haji. Lepas amik mak balik rumah kak wati. Hantar pulang anak buah aku nk kerja. Balik rumah amik yang lain. Pakai bedak pun boleh cair. Hahhhh..

Selepas makan berposing. Hihihi.. Nak amik gambar sendiri malu. So amiklah gambar dia orang.

Nayli di rumah makcik. Kami dah berdesup ke sini lepas dari rumah kenduri haji tue. Balik dulu amik mak long pulak.

Ammar penggemar makanan. Dia boleh duduk bersila depan adik aku bila tengok mamangnya nak makan. Ammar..ammar..

Lepas dah settle kenduri hantar sepupu dan mak long aku. Then aku 3 beranak balik rumah dan bersiap pulak nak keluar hantar kek dekat Hotel Permaisuri Mitc.

Lepas tue baru dapat beristirehat dan marathon tengok adam dan hawa dar pukul 10 sampai 12 tengahmalam. Selepas marathon aku pun tido sebab mata macam digam-gam mintak ditutup. Sekian..

1 comment:

::Kak Sambal:: said...

tq fyda...sory coz rushingkan fyda... tq sudi ambik order n tq sebab kek tu sedap sangat2!