Monday, September 17, 2012

~Jamuan Raya Di Opis~

Update tengah malam sebab tak boleh nak tidur.  Sebabnya baru lepas makan.  Makan nasi pulak tue sebab kelaparan dan tengok lauk pun ada.  Apa lagi aku pun bedal jealah.  Habis diet aku.  Nie nak cerita pasal jamuan raya yang diadakan di peringkat ibu pejabat sahaja. 

Sambut antara kami dan kecil-kecilan sahaja.  Buat secara pot luck.  Hari tue aku bawak laksa nyonya dan oreo cheesecake.  Itu jea.  Jom tengok gambar sebab aku malas nak tulis panjang lebar.  Nak update banyak lagi story nie.

Tudia kek aku bawak.

Antara opismate aku yang sedang menjamu selera.
Suasana di dalam bilik mesyuarat.
Antara menu-menu yang ada.
Bukan main lagi cik puan nie.
Tudia kak nisah ibu mengandung yang sedang menjamu selera.  Entah dia perasan ke tidak orang amik gambarnya.
Aku dan mira mokhtar.
Seperti biasa aku mesti bergambar dengan Kak Nisah dan Kak Nisah mesti kena ada gambarnya dalam blog aku nie. :D
Last but not least, gambar mereka berdua jugak harus ada di sini.  Presenting Kak Nisah and Kak Zu. :D
Oklah sampai sini jea coretan aku pada waktu ini.  Nak update cerita lain pulak dan akan diautopublished.  Kalau tak buat cam nie memang blog aku nie bersawangler nampaknya.

Sekian terima kasih.






                                                                                                                     

2 comments:

amieda said...

kesiannye akk tak ada kamera..hukhukhuk...

Siti said...

sedapnye ciskek oreo!! lama xmkn kek cis..nyum nyum..