Wednesday, September 12, 2012

~Ammar Ke Klinik~

Nie cerita bulan lepas.  Dah ada gambar so aku update kan jugak.  29 Ogos lepas bawak ammar ke klinik untuk checkup bulanan untuk setahun setengah.  Kejap jea ammar dah setahun lebih kan.  Macam biasalah checkup bulanan ammar di klinik kerajaan.  Untuk appointment kali nie ada suntikan untuknya.

So macam biasa aku akan bawak ammar ke klinik sebelah petangnya.  Boleh terus balik.  Hehehe.  Mula-mula ingat kena pegi sendiri sebab asben kata dia ada meeting.  Aku nie mulalah cuak bila nak pergi sendiri.  Nak-nak ammar ada injection.  Selalunya memang asben aku yang pegang anaknya bile time kena inject.  Aku belum ada kekuatan nak pegang.  Peel ammar sekarang bile ke klinik memang tak boleh tengok nurse.  Mesti nak meraung.  Ini semua sejak dia admit wad hari tue.  Mesti dia fobia kan.  Kesian anak aku.

Sekali asben kata meeting dia cancel.  Oh aku apalagi seronok tak terkira.  Sedikit kelegaan di situ.  Bolehlah asben pegang ammar nanti.  Hehehe...

No giliran tue ada kena-mengena dengan kami. :D

Papa dan ammar.  Time nie ammar dah tak reti dok diam.  Habis ditawafnya.

Suasana di klinik pada hari tue.  Hari tue ramai jugak orang.

Ammar dah boring tunggu lama sangat.  Then nurse pun panggil.  Timbang berat dan ukur ketinggian.  Masa nak timbang berat pun nak nangis budak nie.  Sabajealah.  Lepas tue jumpa doktor nak tanya samada boleh inject atau tak sebab nurse kata ammar macam demam.  Masa tue ammar selsema.  Doktor kata boleh inject dan masa nak inject asben yang pegang.  Meraung jangan cakaplah.  Menangis sekuat hati. :D







                                                                                                                        

2 comments:

AzuraFazil DIN said...

ni lum sunat lg kan ... leps sunat , nmpak je hosp terus fobia abis tau

adianiez AIDA said...

Aida start la rutin ke klinik semula every month. 3 bulan pertama ni asben ikut. After that aida gi sorang la... asben aida kurang ada time :-)