Pages

Tuesday, September 11, 2012

~Bawak Ammar Gunting Rambut~

Malam tadi bawak ammar ke kedai gunting rambut.  Kalau dah ke kedai gunting rambut nak gunting rambutlah.  Takkan nak buat apa pulak.  Kebetulan asben nak gunting rambut itu yang gunting rambut ammar sekali.  Pernah mak aku bawak ammar sekali.  Yang lain selalu mak aku yang guntingkan.  Dah duduk dengan nenek, nenekler yang mengulit cucunya.  Itu yang bile mak aku potong macam-macam fesyen rambut ammar.  Hehehe.  Mak aku kata aku lambat bawak ke kedai gunting jadi dia guntingler. :D

Inilah yang terjadinya malam tadi bila aku dan asben bawak ammar.  Biasalah ammar kalau tempat baru memang dia semacam.  Jenuh nak pujuk.  Jom tengok gambar yang sempat aku snap.  Papa yang suruh amik gambar anak dia.  Dah tahu kan bini dia suka cite kat blog.  Apa lagi mama menurut jealah kata-kata papa.  Hikhikhik.

Esok-esok bila ammar besar boleh tunjuk kat dia.  Ini 1st time papa dan mama bawak ammar gunting rambut ke kedai.  Ammar nangis beria-ia macam kena pukul.  Tengoklah muka kesian ammar tue.

Hah tengok tue lagi.  Bersungguh-sungguh dia nangis.  Kat tepi mama dan kakak jadi tukang pujuk pun tak jalan.  Lagi kuat dia nangis adalah.

Sampai sudah non stop dia nangis.  Ammar..ammar..

Tadaaa...Dan inilah wajah handsome ammar yang terbaru setelah digunting rambutnya.  Nak pujuk ammar stop nangis bagilah dia makanan memang stop nangislah dia.  Sejak tengok Adam dan Hawa, tengok adam jadi pilot nak suruh ammar jadi pilot lah bila besar nanti.  Besar sungguh cita-cita mama ammar. :D







                                                                                                                         

2 comments:

Hazlina Shahrel @ The QueenWidelia said...

hehehe sian dia nangis.. tp lepas tu dah encem...

mummY daniSha said...

alaaa tomeinye dia..danssha sampai skang x nak ptg kedai huhu