Pages

Monday, September 3, 2012

~Malam Merdeka~

Tahun nie terajin pulak nak tengok bunga api.  Selalu memang malasler nak temgok dengan ramai-ramai orang.  Malam merdeka tue saje keluar nak pusing-pusing sekali asben terus ajak pi Dataran Pahlawan.  Saje keluar nak pusing-pusing sebab budak 2 orang nie tak nak tidur.  Bawakler dia orang keluar.

Senang pulak dapat parking jadinya kita orang teruslah ke dataran.  Berjalan kaki jauh jugak.  Sampai lenguh kaki.  Ammar masa pergi tue bersemangat jugak dia berjalan, dah nak balik tue dia tak larat.  Mana takut tengok bunga api.  Oklah jom kita tengok gambar seperti biasa.  Tanpa gambar tidak bererti blog ini.  ;D

Kami otw ke pusat bandar.

Aku dan adriana.  Masa nie kereta banyak.

Ini dah dapat parking.  Berjalan menyusur sungai Melaka.  Anak-anak aku pakai baju tidur jea.  Ingat tak nak turun.  Malas nak salinkan dia orang baju lain.

Entah apa yang disorak-sorakkan.  Tak paham aku.

Nasib dapat port baik.  Duduk kepenatan setelah jauh berjalan.

Pentas utama.  Tak nampak pun persembahan apa.  Dengar dari jauh jea.  Motif nak tengok bunga api jea.

Kehausan ammar.  Jauh berjalan budak kecik nie.  Balik memang terbongkang dia.

Adriana dengan topi merdekanya.  Beli RM25 masa kita orang tengah berjalan nak ke dataran.

Detik 12 tengahmalam bunga api pun dilepaskan.  Cantik sungguh.  Tengok atas kepala jea.  Macam nak jatuh jea.

Ammar yang ketakutan.

Kami bergambar berlatar belakangkan bunga api.  Tapi gambar gelaplah.

Ammar dah takut baru dia duduk diam.  Kalau tak ke hulu ke hilir dia berjalan.  Semput nak kejar.

Baiknya anak teruna mama nie. :D

Masa nie dah nak ke kereta.  Asben aku yang amik permandangan malam sungai Melaka.  Cantik kan??

Gambar last untuk malam itu, aku dan ammar.  Ammar nak berdukung jea.  Takut punya pasal.  Macam biasa mama jadi mangsa.  Adik dah berat lenguh tangan mama tapi bergambar tetap bergambar. :D

Itulah cerita kami malam merdeka.  Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!Malam merdeka korang kat mana??Esoknya nak tengok perarakan merdeka tapi aku tak larat sebab balik dari tengok bunga api aku bersilat di dapur siapkan tempahan kek.  Sebiji kek jea tapi berposakler jugak.  Minat punya pasal.  So tak adalah kami tengok perarakan sebab mata aku bagai digam-gam.  Hehehe..







                                                                                                                      

2 comments:

Siti said...

mlm merdeka saya di rumah aje..

mummY daniSha said...

rajin sambut merdeka hehee..sy merdeka kat johor =p