Thursday, September 6, 2012

~Jom Layan Adam dan Hawa~

Dah waktu lunch hour.  Nak marathon tengok drama bersiri Adam dan Hawa.  Aku kena tengok kat youtube atau di mana-mana saje yang ada video untuk episod seterusnya.  Al-maklumlah kat rumah non ado Astro HD.  Maka haruslah mencari alternatif lain untuk menontonnya.

Siapa yang tengok drama nie??Dah ada drama terbarulah nak ditonton untuk megisi masa lapang lepas dari Dejavu Di Kinabalu.  Nasib pelakon-pelakonnya pun ok jugak.  Aku tak kisahlah pelakonnya sangat janji jalan cerita best dan tidak membosankan sudah cukup baik.


SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA

Drama adam dan hawa
ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya. 

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan. 

Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Sambungan sinopsis drama adam dan hawa astro, Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

Apa yang akan terjadi seterusnya?

Barisan para pelakon drama adam dan hawa astro ialah Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid.

Kalau tak sabar nak tahu jalan ceritanya bolehlah baca novelnya dulu sambil membayangkan hero dan heroinnya.  Masih sabar menunggu bungkusan novel itu dari encik posmen. 

Note>>>Sumber gambar dan sinopsis adalah dari google.








                                                                                                                           

2 comments:

:: Riri-Fatieha ::~ said...

mcm best jer cite ni.. tapi kt rumah tk de astro...

Azuin Nazry said...

Nanti leh pinjam novel ko eh..