Wednesday, September 12, 2012

~Bila Time Baik~

Nie gambar adik-beradik bile time dia orang baik bebenor.  Wah bile mood dia orang baik memang tak gaduh.  Semua boleh share.  Molek bebenor duduk sama-sama.  Boleh duduk rapat-rapat nak tengok kartun kat Ipad.  Mama pun dengan senang hati bagi Ipad kat budak dua orang.  Selalu adriana ler yang konker Ipad mama.  Walau Ipad tue dapat free aku memang tetap berjaga-jaga bila adriana pegang.  Manalah tahu jatuh ke apa ke kan.  Bukan senang oi nak dapat.  Kalau nak beli memang tak termampu.  Banyak lagi benda nak dipikirkan.  Hehehe.  Dasar mama kedekut!!!Bila sudah menjadi rezeki aku haruslah jaga dan sesekali bagilah anak-anak merasainya jugak.  Tak naklah bagi anak-anak aku nie ketinggalan zaman pulak.

Bile time dia orang baik memang semua boleh share.  Kakak pun ok adik pun ok.  Tapi bila si kakak datang angis kus kus nya adik nak dekat pun tak boleh.  Yang si adik pun tak padankecik.  Nak jugak berebut.  Apa kakak pegang dia nak kacau.  Yang akka bila adik dah kacau mulut jea lebih.  Terjerit-jerit nanti.  Kang tangan dia naik ke muka ammar dan ammar mula menangis.  Mama tengok jea.  Hahaha..Kalau mama dah angin maknya akan cakap "Nanti mama buang Ipad tue."  Asben dengar dia jawab "Eh, asal pulak nak buang Ipad?" Hehehe..Bapaknya pulak emosi.  Ipad mamakan. :D

Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat aku snap.  Aku snap sebab aku suka tengok bila dia orang tengah baik dan tak bergaduh.  Seronok sangat.  Cakap elok jea.  Yang kakaklah cakap elok sebab adik belum tahu cakapkan.  Dan yang geli hati kakak nana pernah tanya "Bila adik ammar nak cakap nie?"

Nie kakak tengah elok.  Apa adik nak buat semua boleh.  Itu ammar berpeluang pegang Ipad.  Kalo tak jangan harapler.

Nie gamabar malam tadi.  Main game kot.  Adik tengok jea siap boleh gelak-gelak lagi.

Tengok tue.  Baiknya anak-anak aku tue.

Kusyuk main game.  Kadang aku bukakkan kartun upin ipin tapi mamat kecik nie takut bile tengok upin ipin.  Aku pun tak paham.  Adoilah anak-anak.  







                                                                                                                        

2 comments:

fiza said...

Anak2 saya pon mcm tu gak. Hari2 berebut ipad, naik fening dibuatnya. Time ok...baik sgt 2 beradik tu, bila time gaduh...aduhaiii...

adianiez AIDA said...

Tu la fida, anak2 aida pun sama. Semua perkara dlm dunia diorang nak rebut! Psp and phone selalu jadi mangsa. Nak beli mahal, kena la asben aida jadi org tgh... aida ni diorang x takut!