Monday, September 24, 2012

~Aktiviti Hari Ahad~

Entry nie kira freshlah erk sebab lambat sehari jea.  Ini kisah semalam.  Semalam aku tak ke mana-mana.  Just dok bergolek-golek di rumah memandangkan diri tak berapa sihat.  Tapi semalam aku dok berdua jea dengan ammar sebab kakak nana ikut papa.  Nanti aku tunjuk gambar ke mana kakak nana pergi.

Semalam dapatlah kemas-kemas rumah sikit agar rumah tidak menjadi seperti tongkang pecah.  Hehehe..So antara kerja rumah yang aku buat adalah seperti di dalam gambar.  Sempat lagi kan buat kerja dan amik gambar.  Hehehe.  Kata blogger.  Haruslah bergambar saje.  Kahhhhh..Sebenarnya tak terlintas pulak nak amik gambar sebab bukan menarik apa pun.  Tapi bila ammar berpeel sebegini yang aku meronta-ronta nak bergambar.

Semalam aku vacuum rumah.  Tapi ammar berperangai.  Kalau ada kakak dia tak takut sangat. 

Sudahnya dia berpaut jealah kat kaki aku.  Mak dia boleh pulak amik gambar dia.  Hehehe..

Inilah gaya ammar masa aku sedang vacuum.  Ini aku suruh lakon semula.  Hehehe.  Nak cakap kat mama dia bising kot.  Nak cakap tak reti so tunjuk signal lah.  Kalau kakak nana ada mesti dia kata "Adik, bila nak cakap nie?" :D

Di samping membuat kerja rumah aku sempat menyiapkan order opismate aku iaitu strawberry cheesetart.  Aku buat masa ammar tidur.  Kalau dia tak tidur memang berkepaulah dapur aku tue.  Habis dia keluarkan barang dalam laci kabinet.

Inilah hasilnya.  Request from my friend nak tulis nombor atas cheesetart ini.

Tadaaa...Buat lebih sikit untuk orang di rumah.  Kalau tak buat lebih mesti asben aku tanya. 

Nak yang bernombor sampai 37 sahaja.  So inilah nombor 37..  Itulah aktiviti untuk semalam.  Setelah seharian bertungkus-lumus malam tak mahu lelap dan mood berblog pun ada.  Maka terhasil beberapa entry untuk hari ini.  Entry dari pagi hingga ke saat ini adalah entry yang ditaip malam tadi.  Sekian...






                                                                                                                   

No comments: