Tuesday, December 1, 2015

Kedatangan Disember

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Selamat datang Disember! Bulan baru, bulan Disember bulan ulangtahun perkahwinan. Tak sabar menghitung ke harinya. Saja menggeletis. Bukan nak meraikan pun tapi menghitung ke angka 9 tahun. Masih jauh perjalanan perkahwinan kami. Andai panjang usia dapatlah merasai alam perkahwinan hingga ke tua nanti bersama.

Pagi tadi aku keluar rumah lebih kurang jam 7.15 pagi. Cuti sekolah bolehlah keluar lambat sedikit, tidak perlu tergesa-gesa. Jalan raya juga agak lenggang, hati pun agak tenang. Tapi ketenangan itu telah diragut apabila sebuah van pos laju memecut laju di belakangku. Main cucuk-cucuk belakang kereta aku. Dengan melihat cermin pandang belakang van pos laju tersebut masih lagi berperangai begitu.

'Eh, kau apa hal?' Hati sudah berkata-kata. Dengan keadaan tak tentu arah aku pun cuba memecut sekali. Baru nak merasai ketenangan namun bahang lain yang menerpa. Berhenti di lampu merah, van pos laju itu berhenti bersebelahan dengan kereta aku. Kemain laju kau bawak macam orang hilang pedoman tapi berhenti sebelah aku jugak. Sempat aku hadiahkan sebuah jelingan tajam pada pemandunya. Hamek kau!

Baiklah, lupakan kisah itu. Jangan dihantui dengan perkara-perkara negatif. Tidak elok pada diri sendiri. Mari kita mulakan dengan aura positif di pagi hari. Buangkan segala amarah yang membelenggu diri. Bila usia menjengah ke angka 30-an kena belajar mengawal emosi. Sekian dulu entri untuk pagi ini. Wassalam.

Salam pena,



2 comments:

ibuayu said...

Sekejap je dah disember kan...

Kakzakie Purvit said...

Masih ramai pemandu yg beretika di negara kita ni Fyda
Lagi kita layan lagi dia suka
Lain kali jgn layan buat tak tahu aje..