SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, December 20, 2015

Kursus Karisma Personel "Kembalikan Auraku"

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam. Seharian tak ada mood. Mencari mood yang sudah melingkup entah ke mana. Sudahlah menahan sakit kat dahi ni. Jerawat batu tiba-tiba hinggap. Berdenyut-denyut bukan main. Bertambah-tambah lagi hilang mood aku. Kadang kata-kata orang boleh buatkan kita senyum bertukar menjadi senyum kelat. Tak pun senyum tawar. Hah! Malas kadang nak fikirkan hal orang.

Penat rasanya asyik nak kena jaga hati orang. Huh! Tarik nafas dan lepaskan. Baiklah, berbalik kepada tajuk isnin lepas aku menyertai Kursus Karisma Personel. Tajuknya sudah cukup cantik. "Kembalikan Auraku". Memang kena mencari aura untuk diri sendiri. Aura positif sudah semakin menghilang. Yang berbaki aura negatif yang semakin berleluasa. Dasyat bunyinya.

Jam 9.00 pagi aku dan kawan-kawan sudah tiba di Serama Park. Lokasinya di Durian Tunggal. Pertama kali menjejakkan kaki di sni.

Senyum untuk menutupi segala keresahan di dalam hati masing-masing. Hahaha. Susah hati selagi tak buat flying fox.

Kami berkumpul untuk diberi taklimat terlebih dahulu. Mestilah diberi penerangan kan. Takkan nak terjun sesuka hati.

Inilah orangnya yang memberikan kami taklimat dan inilah tuan empunya Serama Park ini. Kepunyaan bumiputera.

Semangat itu perlu ada walaupun sipi-sipi aje. Kasut sukan tu baru beli ye semata-mata nak ke sini. Sepasang RM29.90. Berdoa juga janganlah tanggal tapaknya. Kut kasut murah. Hehehe...

Tiga serangkai. Semangat okay. Tali kat pinggang tu dah cukup berat.

Sebelum mula haruslah bergambar dulu. Inilah team kami untuk hari tu. Lebih kurang 29 orang semuanya.

Disuruh beraksi pula ketika bergambar.

Sekali lagi dengan aksinya.

Nampak aku tak? Gigih memanjat nak sampai atas tu. Kejung-kejung kaki ye.

Tengok tu aku yang berjalan tengah-tengah tu.

Azab nak sampai ke penghujungnya.

Dah sampai hujung haruslah bergambar. Peace yo!

Yeahhhh baru boleh senyum lebar. Jenuh menjerit masa flying fox atas tu. Seram gile wei. Kalau bukan terpaksa tak ada aku ingin.

Kemudian sesi tengahari adalah persembahan kumpulan. Ada juga aktiviti lain untuk kami. Memang menyeronokkan.

Masa ni persembahan daripada kumpulan satu.

Akhirnya sekali sebelum pulang dapatlah naik kuda. Aku tak naik pun sebab dah kes darurat masa tu. Memang tak boleh tunggu. Mira Moktar dan Mira Yaacob je yang menunggang kuda. Itu sahaja entri aku untuk malam ini. Kursus yang sangat menyeronokkan. Mampu memberikan keyakinan pada diri kita sendiri. Yakin ke? Hahaha....Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart