SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, December 31, 2015

Selamat Tinggal 2015!

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

31.12.2015

Ini adalah entri penutup untuk tahun ini. Hari ini adalah hari terakhir dalam kalendar 2015.  Lebih kurang dua jam lebih sahaja lagi 2015 akan meninggalkan kita dan 2016 pula akan membuka tirainya. Terima kasih 2015. Banyak yang telah dilalui sepanjang tahun ini. Pelbagai memori suka dan duka.

Ada tangis, ada tawa, semuanya memberi 1001 makna. Dalam pada mencari segala kekuatan adakalanya sesekali tersungkur dari landasan kekuatan itu. Yang mana indah, akan aku simpan dan akan sentiasa tersemat di dalam hati. Yang mana menyakitkan akan aku jadikan peringatan untuk diri ini. Yang mana tidak patut dikenang kita buang jauh-jauh. Jangan dikenang barang yang lepas. Biarlah ada ruang untuk kenangan baru pula.

Esok kita akan mula menelusuri tahun 2016 pula. Semoga tahun 2016 akan memberikan sinar pada kita. Biarlah 2016 ini menanti dengan sejuta harapan. Biarlah 2016 ini datang dengan azam yang baru, semangat yang baru dalam diri. Aku berharap agar aku dapat merealisasikan impian aku. Moga dipermudahkan segalan urusan aku.

Marilah aku buat throwback apa yang berlaku sepanjang tahun ini. Sedikit perkongsian tentang kenangan terindah untuk diri ini.

Perkhabaran gembira awal tahun hari tu apabila cerpen aku yang bertajuk Setulus Kasih disiarkan dalam majalah Mingguan Wanita. Betapa girangnya hati. Itulah pertama kali hasil karyaku tersiar.

Hajat untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan sambutan hari lahir anak-anak terlaksana.

Rezeki buat asben atas kenaikan pangkatnya. Naik pangkat memang seronok tapi kenalah kami berkorban dari segi lain pula.

Itu sahaja entri untuk hari terakhir tahun ini. Moga tahun 2016 akan menjadikan kita lebih matang dalam menempuh segala cabaran dan dugaan.  Aku berundur dulu untuk tahun ini dan akan menyusul dengan entri lain di tahun baru nanti. Sedang menunggu abang sado yang dalam perjalanan pulang. Mahu keluar untuk mengisi perut. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart