SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, December 2, 2015

Meluangkan Masa Bersama

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Satu entri di pagi hari untuk tatapan sendiri dan dijadikan kenangan akan datang. Bila cuti sekolah, anak-anak balik rumah mak mertua. Biasalah kat rumah mak mertua ramai sepupu. Jadi anak-anak aku memang tak keruan bila nampak sepupu-sepupu kat rumah nenek sana. Ajak balik memang tak ada dia orang heranlah.

"Bolehlah Ammar tidur sini." Si Ammar mula dengan pujuk rayunya. Kalau cakap nak jalan-jalan pun tak ada dia kisahnya. Kakak memang dah tak heran. Adriana kalau ada best cousin dia si Alya lagilah macam-macam perancangan yang anak dara berdua tu aturkan.

Jadi bila anak-anak tiada, makanya mak dan apaknya tinggal berdua. Masa untuk bersantai berdua. Dapatlah meluangkan masa bersama. Pergi menonton wayang, makan-makan dan mengemas rumah. Hah!

Kami ke Aeon.

Menonton wayang di sebelah malam. Masa ni hari rabu sebba tiket wayang agak murah berbanding hari lain. Asben sudah beli online jadi terus ke kaunter aje. Aku ajak tengok movie melayu memang tidaklah laki aku nak melayan.

Sudahnya tengok movie James Bond bertajuk Spectre. Bestlah movie ni. Aku memang tak terlelap langsung.

Ini pula sabtu lepas. Anak-anak tak ada jadinya kami keluar untuk servoice kereta dan terus makan di kedai. Asben ajak ke Kedai Yong Taufu.

Aku pesan coconut shake special.

Boleh tambah air kelapa.

Ini makanan untuk kami berdua. Punya banyak asben pilih. hinggakan padat betul perut aku. Mee tu sudah tentu aku yang punya. Style aku makan memang kena ada mee. Asben pula suka makan kosong gitu je. Itulah perjalanan cerita kami sepanjang kami duduk berdua tanpa anak-anak. Sekian dan wassalam.

Salam pena,




3 comments:

Ariana Rose said...

Bestnyerrr

Masitah Samsudin said...

Wah... keluar dating yer ;)

Kakzakie Purvit said...

Mudah kata anak-anak dengan kisah mereka mama-papanya enjoy berdua ye:)
Bukan selalu kan Fyda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart