Monday, November 30, 2015

Galau Seharian Tanpa Internet

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Salam isnin permulaan hari bekerja setelah bercuti hujung minggu selama dua hari. hari ini adalah hari terakhir di bulan November. Pagi ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak tanah air iaitu Pak Yus dari kumpulan Jambu.

Sewaktu memandu ke tempat kerja, aku terdengar berita tentang arwah Pak Yus di radio ERA. Memang terperanjat. Berfikir sejenak betul ke Pak Yus Jambu. Allahuakbar. Salah satu pelawak yang digemari. Al-Fatihah buat arwah Pak Yus. Berita pemergiaannya sedang menghantui diri. Sudahlah sebelum keluar rumah tadi, adik beritahu kawannya yang jual mee bakso di Cheng meninggal semalam. Aku pernahlah tengok arwah sebab pernah ikut adik makan di kedai arwah. Dua berita kematian yang aku dengar pagi ini. Sedih.

Semalam, aku berada di rumah. Seharian terputus hubungan dengan dunia luar. Hahaha...Internet rosak. Galau seharian tanpa internet. Boring! Internet sudah seperti makanan ruji buat aku. Hahaha...Rujilah sangatkan. Ketagihan internet memang tidak dapat disangkal lagi. Aku sudah berkira-kira nak menulis blog. Berangan-angan nak tulis entri scheduled. Sudahnya angan-anganku musnah.

Bila tiada internet makanya aku tidak boleh menonton televisyen sebab kat rumah guna skybox. Itu satu hal. Telefon bimbit pula line kat rumah aku tu memang hampeh. Kalah duduk dalam gua. Ipong pula buat hal juga. Screennya rosak. Kena bersopan santun nak touch screennya. Jadi memang tidaklah kuasa aku nak melayan itu semua. Makanya tiada whatsapp semalam dan juga hari ini dan tidak tahu sampai bila.

Rupanya tiada whatsapp aman juga rasanya. Boleh ke zaman sekarang ni hidup tanpa aplikasi tersebut? Dulu-dulu boleh je kan. Tapi semlaam bila internet tiada agak bosan juga. Kalau tidak boleh aku layan drama-drama sambil lipat kain baju. Anak-anak pula tidur di rumah mak mertua. Boleh bayangkan keadaan aku semalam? Agak mereput jugak. Sudahlah tiada kawan nak bercakap. Tapi dapatlah buat kerja-kerja rumah. Begitulah kisah semalam. harap pihak Telekom dapat menyelesaikan masalah aku secepat mungkin.

Begitulah kisah semalam. Agak tidak berapa normal rasanya hidup semalam. Hahaha. Over sangat kau, Fyda Adim! yhari ini cubua untuk kembali seperti orang normal. Hehehe...Oklah, sekian dulu untuk entri pagi ini. Wassalam.

Salam pena,




No comments: