Tuesday, April 16, 2013

~Erti Kawan - Ost Memberku Hawa~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa. Hari ni hari pertama bekerja untuk minggu ni sebab semalam hari cuti buat warga Melaka. So hari ni sila jangan bermalas-malasan setelah 3 hari bercuti.

Untuk mendatangkan mood dan aura yang positif dalam diri hanya perkara-perkara yang mengembirakan sahaja yang mampu memberikan diri kita ke arah yang lebih baik. Marilah kita dengar lagu Erti Kawan ost drama bersiri Memberku Hawa nyanyian Adira. Sejak 2, 3 hari ni lagu ni selalu bermain di benakku. Nak tahu kenapa?Nantilah aku ceritakan dan yang penting ia adalah sebuah pengalaman kepada diriku dan juga buat kawan-kawanku.

 

Lirik Lagu Erti Kawan (OST Memberku Hawa) – Adira 

Dari kecil kita mengenali
Main guli dan lompat tali
Pejam celik dewasa kini

Tiap hari yang kita lalui
Ada caranya sendiri
Sama-sama kita tempuhi

Kadangkala dunia ini
Buatku geram dan benci
Kau sentiasa memahami diriku ini

Bagaikan roti dan kaya
Teh dan gula
Kau dan aku pasti bersama

Bagai belakang dan depan kiri kanan
Serasi saling melengkapkan
Kerna itulah erti kawan

Bagaikan roti dan kaya
Teh dan gula
Kau dan aku pasti bersama
Kerna itulah erti kawan

Lagu ni saya tujukan buat mira mokhtar dan juga faezah alias yang sama-sama menempuh satu hari bersama saya sabtu lepas. Tidak lupa juga pada teman saya yang sorang iaitu Kak Nisah.  Walaupun tidak bersama kami tapi memberi sokongan daripada jauh. Thanks ladies!!







                                                                                                                    

1 comment: