Friday, October 19, 2012

~Besday Celebration Untuk Asben~

Kembali lagi dengan entry lain.  Nak cerita serba-sedikit mengenai besday celebration untuk asben.  Pada mulanya aku nak buat surprise untuk asben tak tak menjadi bila???Bila dia tengok bini dia beli banyak barang dan macam-macam.  Kejap-kejap dok tanya aku dan lama-lama dia syak sendirilah.  Kikiki.

Aku buat kecil-kecil jea.  Just jemput family kedua belah pihak dan juga kawan-kawan asben.  Kawan aku just sorang jea yang datang iaitu kawan sekolah aku dan ibunya yang cikgu sekolah aku.

Hari rabu tue aku memang apply cuti untuk prepare segala macam benda.  Nak baking kek dan nak masak.  Menu untuk hari itu adalah nasi ayam.  Itu adalah main menu.  Sampingannya adalah spageti, lasagna, cocktail dan sampingan.

Tugas bermula selepas aku breakfast.  Aku dah keluarkan ayam dari peti sejuk.  Bila dah hilang beku boleh disiang bagai.

 Penuh sinki dengan hayam-hayam nie. :D

Sambil tue baking kek yea.  Gigih jugak baking untuk asben.  Buat kerja semua sambil-sambil.  Masak sup ayam sambil buat lasagna sambil melayan budak 2 orang tue.  Mula kerja memang awal tapi dah nak malam baru siap semua.  Aku suruh tetamu datang dalam pukul 8 malam.

Inilah sebahagian makanan yang telah terhidang.

Aku bakar 2 loyang lasagna.  Habis licin yea.  Alhamdulillah habis.  Risau jugak takut tak kena dengan citarasa tetamu.

 Sup untuk nasi ayam.

Aku try masak spageti aglio olio.  Berbelit lidah nak menyebutnya.  Simple menu jea.

 Ayam goreng madu.

Yang ini memang kena ada kalau aku yang siapkan menu.  Cocktail buah-buahan dan jeli.  Kemudian aku ada gorengkan nugget untuk budak-budak yang datang.  Nasi aku masak dalam 8 pot nasi.  Nasib masak lebih sebab ramai jugak yang datang.

Inilah kek khas buat asben aku.  Gigih aku bake untuk dia.

Sesi memotong kek.  Part nie paling best.  Mula-mula asben aku tak nak potong.  Aku kata potong jea bukan nak tiup lilin pun.  Akhirnya asben aku potong jugak dan time dia nak potong anak-anak buah aku yang gile-gile dan sporting terus nyanyikan lagu happy besday.  Asben aku nie kan pemalu.  Malu-malu kucing gitu. Kikiki..

Inilah antara anak-anak buah aku yang sporting!!!Thanks to u all.  Bibik sayang korang!!!

Antara tetamu yang hadir.  Ini di ruang tamu.

Merata-merata tetamu duduk.  Yang dok kat ruang tamulah, kat dininglah, kat dapur pun ada jugak.  Budak-budak sibuk kat luar main-main.

 Anak buah aku yang comel.  Suka sangat bergambar.

Mereka yang aku sayang!!Dia orang yang memeriahkan majlis walau dalam keadaan kelam-kelibut.  Kalau dia orang tak ada mesti sunyi .  Kali nie gambar aku tiada dengan mereka.  Sebab dah penat sangat nak bergambar pun dah tak ada mood.

Last picture adalah sekeping gambar aku.  Itu pun sebab nak bergambar dengan kawan-kawan asben.  Dua-dua opismate asben.  Yang sebelah kanan mesti ada antara blogger yang kenal sebab dia jugak seorang blogger iaitu Aida.

Aku sangat-sangat puas hati dengan celebration kali nie.  Kali nie saje jea panggil tetamu.  Nak berkongsi dengan orang lain.  Macam tahun lepas kita orang celebrate kat rumah jugak tapi berempat jea.  Aku tak prepare apa-apa.  Order pizza jea untuk makan dan beli kek SR.  Masa tue minat baking belum muncul.  Belum sampai seru lagi.  Entry tahun lepas ada di SINI.  Itu sajelah kisah untuk 17 Oktober untuk tahun ini.  Panjang umur tahun depan kita buat lagi. :D







                                                                                                                     

6 comments:

kasehshapiah said...

Wow bestnyer celebrate besday Dari air tangan isteri..suami terasa untung tue.. ;)

alyyani said...

fuh, husband nye birthday pun ada celebration. mmg terbaik lah fidah :)

amieda said...

next year bljr wat kek yg lain plak

adianiez AIDA said...

I like... i like... gambo i ada :-) i like!
Lasagna memang sedap. Kena dgn citarasa anak2 aida. Kek sedap jugak. Spageti sedap... i like... aida da amik resepi lasagna tau. Buat nyer x tau lg hi hi hi...

mummY daniSha said...

wahhh bestnye siap ada celebration
huhu...

rina mazlan said...

Seronok husband..