Pages

Friday, October 5, 2012

~Sebak Episod Adam&Hawa Malam Tadi~

Salam dan selamat pagi Jumaat.  Kejap jea kan sudah jumaat.  Yang penting esok hari sabtu hari untuk beristirehat di rumah bersama anak-anak.  Itulah moment yang paling indah buat semua mak bila menghabiskan masa bersama anak-anak.  Macam mana nakal anak itu sanggup dijaga.  :D

Berbalik kepada tajuk, malam tadi seperti biasa aku melayan Adam&Hawa.  Sekarang aku memang seriously addicted dengan Adam dan Hawa.  Tapi episod malam tadi memang lain daripada yang lain sebab scene dia orang berlakon di Tanah Suci Mekah.  Memang sebaklah tengok scene malam tadi.  Rasa terpanggil jea untuk ke sana.  InsyaAllah kalau ada rezeki sampailah aku ke sana dengan asben.  Memang berharap dapat menjejakkan kaki ke tanah suci.  Semoga dimakbulkan doa aku.  Amin...

Gambar yang aku google masa scene dia orang di tanah suci. 

Aku paling suka time Ain kat sini. 

 Adam Mukhriz!!!

Aku makin minat tengok Nadiya Nisaa berlakon.  Terbaiikkk.


Jom layan lagu Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain.  Lagu nie aku selalu dengar masa tengok khabar haji time mak dan ayah aku pergi menunaikan haji.  Sedih bile dengar liriknya.  Emosi pulak pagi-agi nie.  Dahlah nak buat kerja.  Emosi jea kang kerja tak jalan.  Semoga kita dapat melakukan yang terbaik untuk diri kita.






                                                                                                                      

No comments: