Pages

Tuesday, October 16, 2012

~Lunch Break Dan Resepi Lasagna~

Hai korang.  Jam sudah menunjukkan pukul 1 tengahari.  Masa untuk berehat.  Berehat sebentar bersama kit kat.  Kikiki.  Bukan yea, berehat sebentar daripada kerja-kerja.  Selama 1 jam nielah yang diperuntukkan untuk tidur.  Jom zzzzz...Aku jarang betul dapat lelap kalau dah betul-betul mengantuk memang landing kejap.  Itu pun letak kepala atas meja.  Betapa sakitnya kepalaku ini.  Masa nielah nak makan, nak lelap mata kejap, nak solat, nak tengok fb dan yang penting update blog!!!Oh tapi aku dah awal-awal karang cuma nak published jea.

Lunch break hari nie tak kemana kot.  Kalau setakat 1 jam rehat nie aku dan mira selalu ke Mydin jea yang terletak bersebelahan jalan.  Kalau yang tak ada transport boleh jea kalau nak jalan kaki.  Aku pernah jugak jalan kaki ke Mydin.  Melintas jalan yang besar itu.  Korang boleh bayangkan tak?  Itu jealah sekali.  Lepas tue tak pernah sebab malas nak berpanas terik.  Sekarang sudah ada kenderaan panjang sikit langkah.  Eh bukan panjang sikit tapi panjang banyak.  Dulu susah tak ada kereta, tapi bukanlah sekarang nak kata sudah senang.  Susah jugak.  Biasalah baru nak bina hidup dan baru nak bina keluarga yang kecil ini supaya menjadi lebih sempurna dalam segala hal.  Itu pun ikut kemampuan yang ada.  Kalau mampu bolehlah tunaikan kehendak yang ada. :D

 
Oklah sudah melalut aku nie.  Biasalah kalau aku ke laut sikit-sikit tue.  Tengahari nie aku nak berkongsi resepi.  Cara-cara nak membuat lasagna.  Beli kat luar mahal so baik kita buat sendiri di rumah.  Amat berbaloi.  Silalah makan sampai muak!!!Jom kita tengok apa bahan-bahannya.

RESEPI LASAGNA

Bahan-bahan :Kepingan Lasagna
Keju parut

Bahan-bahan Sos Merah :Daging cincang/daging kisar
Sos prego
Cendawan butang
Serbuk black pepper
Serbuk oregano
Sos cili
Bawang besar (dipotong dadu)
Bawang putih (dicincang)
Keju mozarella
Keju parmesan
Sedikit garam
Minyak

Cara-cara :
1. Tumis bawang hingga agak layu, masukkan daging cincang/daging kisar.
2. Bila daging agak masak, masukkan sos prego dan kacau sebentar.  Kemudian masukkan garam dan serbuk oregano.
3. Masukkan cendawan butang.  Kemudian masukkan sesudu besar sos cili.
4. Taburkan serbuk black pepper.

Bahan-bahan Sos Putih Butter
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan sedikit air
250 ml susu segar
2 keping keju chessdale
Garam
Serbuk lada hitam

Cara-cara :
1. Panaskan 2 sudu besar butter hingga cair, masukkan bancuhan tepung gandum, kacau dan pastikan tepung tidak bergentel.
2. Masukkan susu segar dan kacau sebati.
3.  Masukkan pula keju chessdale dan biarkan seketika.  Tunggu sampai likat.
4. Perasakan dengan garam sebelum diangkat.

Penyediaannya :
1. Griskan loyang pembakar dengan sedikit butter.
2. Lapiskan kepingan lasagna pada dasar loyang.
3. Letakkan sos merah di atas lasagna.
4.Kemudian lapiskan pula dengan sos putih, taburkan sedikit keju parut.
5. Ulang proses 2-4, lapisan terakhir diakhiri dengan sos putih dan taburan parutan keju yang banyak.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit.

Itu saje untuk tengahari ini.  Kepada sesiapa yang berminat, bolelah mencubanya.  Lain-lain tangan, lain-lain rasanya.  Selamat mencuba!!!







                                                                                                                     

3 comments:

rahayu said...

Akak baru cuba semlm ..google kat blog lain...sama mcm resepi ni..akak nak tanyalah sos putih tu letak setiap lapisan atau lapisan bawah dan atas je

adianiez AIDA said...

I like ! Baru semlm makan, ari ni jumpa resepi. 2-3 barang je takde, kena beli :-) and bleh try buat :-)

adianiez AIDA said...

betul la dulu aida ikut resepi ni.
but tu la.
mana ekk perasaan terung tu? :-) ha ha ha