Friday, October 19, 2012

~Tempahan Red Velvet Cupcakes~

Salam.

Lunch tadi ke Mydin jea.  Sepatutnya hari ini aku cuti nak ke Perak.  Tapi tak jadi cuti memandangkan nak bertolak sebelah petang lebih baik aku kerja.  Jimat cuti aku yang sangat darurat baki yang ada.  Tengahari nie tiada entry makan-makan di Mydin.  Nanti orang menyampah pulak tiap kali makan nak bergambar.  Kikiki.  

So tengahari nie aku sajikan entry makan jugak tapi order daripada seseorang.  Anak buah opismate aku iaitu Kak Zu yang order cupcakes nie.  Kali nie permintaannya adalah Red Velvet Cupcakes.  Kali nie memang mencabar sebab aku kepenatan setelah seharian menguruskan besday asben.  Sebenarnya jamuan makan-makan tue memang aku saje nak buat dan kebetulan besday asben aku celebrate sekali.  Itu saje.  Buat suka-suka jea.  Jom tengok red velvet hasil kerja tangan aku serta dekonya.

Inilah cupcakes yang telah siap dibakar.  Belum diletakkan toppingnya.

Ini deko yang direquest.  Inilah yang terbaik boleh aku persembahkan.

Ini lebih untuk dimakan.  Oleh kerana aku nie dah muak dan dah tak boleh pandang lagi kek aku agih-agihkan kepada kawan-kawan untuk merasainya.  Kalau berminat bolehlah tempah yea ikut permintaan dan kelapangan aku.  Sekian untuk entry kali nie.

Balik nie terus kena packing baju sebab satu benda pun aku tak packing lagi.  Settle semua kami akan bertolak ke Perak untuk berjalan-jalan dan berjumpa kawan-kawan.  Rindu dah dengan korang.







                                                                                                                        

1 comment:

amieda said...

tq 4 da cakes...i dh bg dia rasa lagik tau...