Monday, October 15, 2012

~Sudah 2 Minggu Kak Nisah Bersalin~

Itu bermakna sudah 2 minggu aku tanpa dia. Tanpa kawan gelak ketawa sebab dia suka buat lawak spontannya. Adoilah 90 hari nak hadap yea. Dia bestlah cuti panjang kat rumah. Selalu dia tempat aku bercerita suka duka dan dia yang suka buat lawak. Kikiki. Aku cuma tukang gelak aje. Teringat kisah kita kan masa kat pizza hut. Biar kita berdua saje yang tahu kisah itu.

Oklah, Kak Nisah telah selamat melahirkan anak ketiganya pada 3 Oktober yang lalu. Sesiapa yang selalu baca blog aku mesti tahu siapa dia. Kawan opis yang rapat dengan aku. Sudah 6 tahun kiranya persahabatan kami. Kira dia macam kakaklah. Kawan dengan dia membuatkan aku jadi matang.

Inilah baby boy kak nisah. Aku suruh kak nisah bergambar tapi tak mahu. Nak tunggu slim katanya.

Dan nasiblah ada budak nie. Selain dari cc dan kakak-kakak yang ada budak nielah tempat aku bergelak bagai dan paling best bila kami suka tengok drama adam dan hawa!!Lagi2 adam dan hawa. Kikiki..Kawan dengan budak2 so jiwa pun kena budak2 walau mama beranak dua..:-) Note>>>Kak nisah, lagi berpuluh-puluh hari nak tunggu akak kerja.

1 comment:

amieda said...

kita tngu kak nisah balik tuk dengar lawak seram yek...