Friday, July 13, 2012

~Tinggallah 3A Aku Untuk 5 Hari~

Hari ini aku akan berangkat ke Penang.  Tinggallah 3A aku untuk beberapa hari.  Hari selasa baru aku balik.  Nak jugak keluarkan entry pagi nie supaya blog ini tidak bersawang untuk 4 hari ini.  Pagi nie aku kena hantar my kids dulu, my hubby kena pi office dulu sebelum dia hantar aku ke LCCT.  Hantar adriana ke tadika then baru hantar ammar ke rumah mak aku.  Sedih wei nak tinggal dia orang nie tapi buat-buat ceria.  Kang asben gelakkan kalau aku dok nangis.  Bertahan ok. :(

Asben yang akan hantar aku ke LCCT.  Nak jugak dia yang hantar.  Mula-mula office offer kenderaan jabatan tapi tak naklah.  Aku nak asben aku yang hantar.  Ngada-ngada kan???Tak pelah ngada-ngada dengan laki sendiri.  Nanti boleh lambai-melambai.  Hehehe...

Anak-anak aku tak bawak.  Biarlah dia orang tak ikut.  Kang ada jadi drama kat LCCT tue.  Ini 1st time aku pegi kursus lama tinggalkan dia orang.  Selalu pegi dalam Melaka jea.  Malam tadi dah start drama daripada adriana.  Dok nangis tengok aku kemas baju.  Janganlah nangis, nana.  Mak kau nie tengah cekalkan hati dan kuatkan diri nie.  Tak nak nangis.  Hukhukhuk..Nak tinggalkan anak-anak tapi sebab dah lama tak berjalan tengok negeri orang aku pergi jugak.

5 hari aku tanpa mereka dan mereka tanpa aku.  Jangan nakal-nakal yea.  Siang duduk rumah nenek, malam nanti papa ambil kamu.  Jangan dera papa.  Kang papa amik alih tugas mama jadi tarzan.  Hahaha.  Untuk 5 hari nie rumah kita akan kedengaran suara papa menjerit-jerit atau mama aje yang suka menjerit.  Hehehe...

Selain tinggalkan anak-anak, aku tinggalkan lelaki ini.  Hehehe.  Papa, jaga anak-anak yea untuk 5 hari nie.  Malam jea pun jaganya.  Kalau tido tue jangan tak dengar ammar nangis nak susu.  Ammar nangis kuat-kuat tau kasik papa bangun.  Papa kalau tidur bukan ingat dunia.  Hari selasa kita jumpa semula. 

Note>>>Entry autopublished....:D






                                                                                                                      

1 comment:

Kakzakie said...

5 hari jugalah akan rindu-rinduan fida...