Tuesday, July 24, 2012

~Menu Berbuka Hari Ke-3~

Semalam berbuka puasa di rumah mak aku dan aku tido sekali kat rumah mak sebab malas nak berangkut pagi-pagi dari rumah aku.  Kalau dari rumah aku mesti kena kuar awal pagi dalam pukul 6.30 pagi.  Adoi...Memang tak laratlah wei.

Balik keje aku memang singgah rumah dulu tengok rumah dan kemas apa yang patut.  Bawak baju untuk bekalan esoknya pulak.  So semalam lepas dah settle tengok rumah, siram pokok asben di belakang rumah yang asben pesan suruh siram yea aku pun terus pegi rumah mak aku.  Tapi singgah dulu kedai gunting rambut.  Malas nak simpan rambut panjang sebab asyik gugur jea.

Oklah jom tengok juadah berbuka untuk semalam.  Mukadimah aku panjang bebenornya.  Duduk rumah mak tahu makan jea.  Semua dah siap masak.  Tugas aku cuma hidang jea. :D

Tauhu sumbat

Kuah untuk makan dengan tauhu sumbat dan juga ayam. 2 in 1.

 Ayam goreng.

Sandwich sardin.

Sup fishball my feveret.


Dan ini nasi ayam.  Sedap.  Biasalah kalau mak kita masak semua sedapkan.  Air tangan seorang ibu.

Alhamdulillah selesai untuk juadah hari ketiga.  Sahur tadi mak aku tanya aku "Long, hari nie nak masak apa?Along masaklah pulak.  Mak dah tak ada idea." Oh nak pikir nie nak masak apa pulak untuk hari nie.  Korang ada idea tak???










                                                                                                                             

2 comments:

AzuraFazil DIN said...

betui2 air tgn ibu terbaikkk


wahhh part roti sardin tu besh tu .. lama x wat ..


emmm wat le asam pedas ke .. heheh aci ?

@lfidah @dim said...

kak zura>>>mmg best..tahu makan jea..akak suh bt asam pedas mcm dia blh mkn..:D