Wednesday, July 25, 2012

~Juadah Berbuka Ramadhan Ke 4~

Semalam mak aku suruh aku masak sebab katanya sudah kekeringan idea.  Hehehe.  Aku pun tak tahu nak masak apa sebenarnya.  Seharian dok pikir kat opis apa nak masak.  Kalau kat rumah sendiri mahu aku masak campak-campak aje.

Akhirnya aku telah mendapat satu idea nak masak berdasarkan bahan-bahan yang ada di rumah.  Aku terus call adik ipar aku yang aku nak masak Nasi Limau Purut.  Aku cakap dengan adik ipar ayam masak sambal jea.  Mak aku yang masak sambal.  Kalau tunggu aku balik memang tak sempat sebab aku singgah rumah aku dulu.  Jom tengok menu untuk berbuka semalam.

Inilah menu utama untuk semalam.  Nasi Limau Purut yang dihidang bersama sambal ayam dan juga sayur kobis goreng.

Mihun goreng yang dimasak oleh mak aku.
 
Sambal ayam yang dimasak oleh mak aku jugak.
 
Sayur kobis goreng yang dimasak oleh aku.  Aku masak yang simple-simple aje.  Susah-susah mak aku yang masak.  Aci tak? :D
 
Dan akhir sekali dessert untuk semalam adalah Bubur Cha Cha Laici.  Aku dapat resepi daripada seorang blogger masakan.  Nanti aku letakkan resepinya kemudian.  Mak aku suka makan.  Kalau mak suka tue sedaplah kot.
 
Gambar selingan untuk semalam, lepas berbuka solat maghrib dan inilah orang yang ikut aku solat.  Adriana semangat nak sembahyang sekali.  Gambar ini buat tatapan yang jauh di perantauan.  Hehehe..Semalam aku mesej asben kata tak tanya anak-anak ke?Asben aku jawab dah tengok blog.  Anak-anak abang ok jea.  Sabajealah...So papa, nie gambar adriana yea buat tatapan papa di sana.  Gambar mama nak tengok tak?Hehehe...









                                                                                                                          

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Berbuka dgn masakan airtangan mak mestilah sedap..