Sunday, July 22, 2012

~Cerita Aku Di Penang~


Sebelum terlambat, aku nak jugak cerita perihal aku semasa aku menghadiri kursus perkhidmatan di Penang selama 5 hari.  Dari office hanya aku sorang saje yang wakil.  Office offer aku naik flight ke Penang.  Terima ajelah kan..Bukan senang nak dapat.  Kali nie aku pegi jugak sebab waktu ini aku free daripada sebarang masalah.

Entry kali nie memang banyak bebenor gambar sebab aku malas nak edit.  Jadi tengoklah gambar aku di Penang sampai muntah.

Bertolak dari KLIA hari jumaat jam 1.55 petang.


Masa nie aku sudah berada dalam kapal terbang.  Cuak gile yea sebab sorang-sorang tapi buat muka confident jea.  Huhuhu...

Sudah berada di awan biru.

Terbang dan terbang menuju ke destinasi sebenar.

Sebentar lagi akan mendarat.

Pemandangan dari atas.

Itu dia sudah sampai di Penang.

Sudah nampak Jambatan Pulau Pinang!!!

Sampai airport Bayan Lepas bergegas cari beg.  Takut hilang dan tak jumpa beg.  Ikut orang pi mana tempat bagasi. 

Ini beristirehat pada jumaat malam tue setelah selesai mendengar taklimat.


Sarapan pagi untuk sabtu itu.

Inilah kafe hotel.  Di sinilah tempat aku menjamu selera sepanjang 5 hari.
Dalam dewan.

Makan untuk lunch.
Sesi petang semula.

Selepas habis untuk sesi petang kami ke bandar untuk membeli jeruk.  Nasib ada kawan dari Kedah bawak kereta.  Aku menumpanglah.  Kami share duit minyak.  Punya pening kepala sebab dok sesat jea nak ke Komtar.  Berapa banyak kali pusing.  Pening pala aku.
Pelbagai jenis jeruk.  Yang ini jeruk pak ali.
Selepas itu kami pergi mencari laksa.  Di sinilah tempat kami menjamu selera.
Kawan-kawan kursus aku.  Seronok sangat keluar dengan dia orang. 
Inilah kedai yang kami singgah.
Inilah laksa yang aku order.
Makan pagi untuk pagi ahad.  Kemudian mendengar taklimat seperti biasa dan sebelah petang tiada kelas dan kami diberi peluang untuk menjalankan aktiviti bebas dan kami keluar lagi ke bandar.  Kali nie tak sesat dah.

Pegi ke bazaar untuk membeli baju yang tulis penang.  Lupa diri kejapan aku di sini.  Beli macam-macam jugak yang penting beli baju untuk adrianammar aku.

Aku dan kawan dari Negeri Sembilan.
Inilah group yang pegi.  Settle membeli bergegas pulang ke hotel sebab nak kejarkan makan pukul 7 malam.

Makan malam beramai-ramai sambil bercerita.  Macam orang dah lama kenal jea.
Lepas makan semua dok termenung.

Inilah nama kursus yang aku hadir.  Ini gambar untuk hari Isnin.
Makan tengahari.  Sebelah petang ada lagi sesi.
Kemudian sesi penyampaian sijil.  Terpaksa habis hari isnin sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan.  Yang duduk dekat balik petang tue jugak.  Aku stay lagi semalam sebab jauhkan lagipun tiket flight hari selasa.

Kami ke tepi pantai depan hotel.
Hari selasa untuk pulang!!!Sebelum balik bergambar di balkoni bilik hotel dulu.
Aku pulak bergambar.

Sebelum balik kami makan tengahari dulu.  Sepanjang kursus nie asyik makan aje kejenya.  Boleh gemuklah.

Bergambar di lobi hotel.

Inilah di Airport Bayan Lepas.
Sudah sampai di airport bayan lepas.  Akan berpisah dengan kawan ini yang bernama Farhana.

Makan di Mcd dulu sementara tunggu waktu.

Sudah sedia untuk pulang dan terbang.  Ini flight yang kawan aku naik.  Dia terbang dulu.  Dia orang dah check in aku pun ke pintu B7 untuk checkin jugak tapi dia orang terbang dulu.

Aku sampai di KLIA jam 4.35 petang sudah selamat landing.  Alhamdulillah segala kerisauan telah pun lepas.  Itulah kisah aku di Penang.  Sangat seronok dan aku akan bawak family aku ke Penang juga suatu hari nanti.  Nak naik flightlah jugak.  InsyaAllah...







                                                                                                                     

No comments: