Sunday, July 22, 2012

~Makan-Makan Di Ofis Sebelum Puasa~

Nak cerita lagi pasal makan.  Cerita sebelum puasa hari tue tak sempat nak update.  So terpaksa jugak tulis entry ini buat tatapan tapi jangan ada yang terliur tengok makanan.  Sila tutup mata bila nampak makanan.  Hehehe...Main-main jea yea.

Jumaat lepas ofis aku ada buat makan-makan sebelum puasa, sambut besday sekali untuk kakitangan yang sambut besday bulan Julai.  Memang setiap tahun kalau nak puasa ofis aku akan adakan makan-makan.  Kutip duit sorang RM10 dan order makan.  Sape yang nak bawak sendiri pun boleh jugak.

Aku dan Kak Nisah.  Apalah yang kak nisah pandang tue.
Sedang mendengar pengarah memberi ucapan.

Masing-masing tekun mendengar pengarah memberi ucapan sepatah dua kata.

Ini ole-ole seorang pegawai di ofis dari langkawi.  Bagi sorang sikit.

Inilah pengarah aku dan timbalan pengarah.  Nasib pengarah tak baca blog aku nie.

Officemate aku Kak Anum dan Cik Syafa yang bertudung ungu.

Bulan Julai adalah besday pengarah.  Timbalan pengarah menyampaikan hadiah untuk pengarah.

Besday Encik Zabri pegawai psikologi di office JKM.

Tiga lagi yang celebrate besday bulan Julai adalah dari kiri CC, Encik Fadil dan Hj. Gapal.

Rupa kek untuk besday bulan Julai.

Sesi untuk memotong kek.

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dulu.

Di dalam pantri.  Ini bekas rojak.  Tengok nie licin ok.  Rojak yang dibuat oleh Hj. Gapal memang sedap hingga menjilat jari kaki.  Ops salah yea bukan jari kaki tapi jari tangan.  Hehehe...

Inilah antara makanan yang dibawa pada hari itu.  Makan apa tue PM??PM tue Puan Mardiana.  Shortform untuk panggil dia.


Mamat nie nak enterframe jugak.  Oklah aku masukkan dalam blog aku yea Ahmad.  Ahmad bergambar dengan Encik Zabri.

Ini cocktail yang aku bawak hari tue.  Simple jea makanan yang aku bawak. 

Ini Kak Zu.  Model cocktail..hehehehe...

Akhir sekali, gambar penutup untuk entry ini adalah Kak Tinah yang sedang makan dengan begitu berselera lagi.  Tudia, banyak makanan dia.  Sedapkan kak??







                                                                                               

No comments: