Pages

Friday, July 13, 2012

~Banyaknya Persoalan Aku~

Persoalan apakah itu???Persoalan mengenai flightlah.  Apa lagi.  Nak update lagi blog ini.  Tapi entry ini semuanya autopublished.  Aku taip malam tadi sebab tak boleh tidur pikirkan hal hari ini.  Kahhhhh...Terukkan aku nie kalau risau macam nielah.  Memang tak boleh nak tidur sebab dok memikir jea.

Aku nie memang jenis penakut kalau untuk yang aku buat 1st time.  Sekarang nie sebab 1st time nak naik flight sorang diri.  Itulah yang menganggu diriku ini.  Macam-macam yang ada dalam benak ini.  Lain orang lain kan.  Ada orang yang berani, ada yang sedang-sedang berani dll.  Aku nak kategori diri aku yag sedang-sedang aje.  Kalau penakut sangat memang aku tak buat keje nie sorang-sorang kan??Sape setuju??Nak up diri sendiri.

Risau tak habis-habis.  Bak kata kawan aku 'ko nie risau tak habis-habis.  domestik jea pun.'  Kahhhhh...Pemberi semangat dan pembakar semangat.  Hehehe...Yelah mana aku tak takut aku naik flight 5 tahun sekali.  Hehehe...1st time naik flight masa nak pi Langkawi tahun 2007.  Bape lama aku tak naik.  Masa tue dengan asben jadi semua dialah yang uruskan.  Letak beg kat mana dan macam-macam hal.  Aku tak amik port langsung memandangkan masa tue aku pregnantkan Adriana.

Berbalik kepada tajuk aku tue asben yang menjadi mangsa untuk menjawab segala persoalan aku.  Antara soalan-soalan aku adalah :
1) Nanti nak pi mana dulu?
2) Beg kalau letak kat tempat bagasi boleh hilang tak?Kat mana nak tunggu beg tue keluar?
3) Nanti orang akan cakap nak masuk pintu mana erk?

Begitulah gamaknya persoalan-persoalan aku.  Ada lagi soalan-soalan pelik yang aku tanya pada asben dan malam tadi asben pulak boleh tanya aku 'boleh ke esok nie nak naik flight?' Aik, susah hati ke??Hehehe...Boleh jea..Kalau aku tak boleh nak teman ke??

Hah, ini dia gambar aku masa pi Langkawi.  Gambar tahun 2007.  Nak jugak tunjuk yang aku pernah naik flight tapi sebab ini 1st time ada rasa sedikit risau.  Risau lagi.  Sudahlah dok cakap pasal risau memang tak habis.  Doakan aku selamat pergi dan selamat balik.  Sebelum tue nak tanya korang yang 1st time naik flight ada tak peel macam aku ke aku yang sorang peel macam gini.  Hah....






                                                                                                 
                                                                                                                    

No comments: