Pages

Monday, June 4, 2012

~Pesta Sungai Melaka 2012~

Nak update blog laju-laju. Hehehe..Al-kisahnya sabtu yang lalu 2 Jun 2012 ada Pesta Sungai Melaka.  Aku tak bertugas tapi sebab hari tue terajin nak pi bawak adriana join pertandingan mewarna aku pegilah jugak.  Walaupun aku tahu adriana bukan mewarna tapi menconteng aku bawak jugak sebab nak jugak bagi adriana merasa suasana itu.

Aku keluar rumah jam 7 pagi.  Mula-mula aku hantar ammar kat rumah mak aku.  Mana nak larat handle 2 orang bila asben tak ada bersama.  Lepas tue terus menuju ke Banda Hilir.  Keluar pagi senang dapat parking.  Itu jealah alasan aku.  Parking, parking dan parking.  Janji dengan Zila, officemate aku dan aku follow belakang kete dia.  Macam bukan orang Melaka pulak.  Kita orang tak naik satu kete sebabnya aku nak balik awal.  Zila pulak kena bertugas.  Itu yang pegi asing-asing.

Inilah suasana di Pesta Sungai Melaka.

Adriana di pagi hari sabtu.  Gigih aku kejutkan dia pagi tue.  MAsa nak kejut tue aku cakap nak tengok kapal tak?  Laju sikit dia bangun.  :D

Senyuman adriana di pagi sabtu bersama kawannya Sabrina.

Inilah suasana Pesta Sungai Melaka JKM Negeri Melaka.

Lukisan untuk diwarnakan sudah dapat.

Kena warna tiger.  Adriana kata nak warna-warni.  Adusss..

Dua orang budak sedang gigih mewarna.

Warna jangan tak warna.  Aku kerah jugak adriana buat sampai abis.  Itu pun macam-macam alasannya.  Kaki nana dah lenguh katanya.  Apa kaitannya?Mama pun confius.  Gambar yang sudah dikaler aku lupa nak snap sebab dok nak cepat balik jea.  Baru nak bersenang-lenang asben pulak telefon katanya wallet ada dalam kete aku.  Aku sendiri pun tak tahu.  Kan dah buat aku tak senang duduk.  Cepat aku suruh adriana habiskan mewarna dan aku pun balik tapi asben amik walletnya kat aku.  Dia kan keje hari tue mana sempat nak tunggu aku.

Balik dari program kat Sungai Melaka aku telefon mak suruh siap-siap sebab aku dah nak amik mak dan ammar untuk balik rumah aku.  Tengahari tue aku nak ke rumah kawan aku buat majlis kawin dan petang tue pulak maklong aku nak datang tidur kat rumah sebab kakak sepupu aku nak hantar anaknya daftar di Uitm Shah Alam.  So maklong aku nak tidur rumah aku.  Petang tue adalah buat makan-makan sikit untuk besday mak long pada 1 Jun dan untuk besday aku pada 2 Jun.  Sambut biasa-biasa jea.  Bersambung lagi untuk kisah petang itu. :D







                                                                                                                    


1 comment:

adianiez AIDA said...

best nyer if nurin & syuhada dpt join sekali mewarna. aktiviti feveret diorang tu :)
aida tak dpt gi la kot pest sg ni skang. husben masuk spital :( hu hu hu...