Entry lambat lagi. Adoilah. Rasanya belum terlamabat kalau aku nak buat entry untuk Hari Bapa nie. Masa amat mencemburui aku untuk aku mengupdatenya di sini. Hujung minggu dengan pelbagai aktiviti bersama orang-orang tersayang. Hari bekerja sibuk di office dengan kerja walaupun kadangkala buat-buat sibuk!!!Hehehe.
Entry ini dibuat khas untuk membuat ucapan Selamat Hari bapa untuk semua papa, bapa, ayah, abi, walid, daddy dan sewaktu dengannya sempena hari bapa semalam. Selamat Hari Bapa buat anda semua. Semoga kalian dapat menjalankan tanggungjawab dengan sepenuh hati demi keluarga tersayang.
Dan entry ini juga aku ingin memberikan ucapan khas buat Mohd Affendy Bidin iaitu papa kepada anak-anak aku. Selamat hari papa buat papa. Semoga papa dapat menjadi ketua keluarga yang baik buat kami, dapat menjalankan segala tanggungjawab dengan seikhlas hati dan terima kasih dapat membahagiakan kami. :D Touching tak???Hahaha....
Inilah Mr. Papa. Papa kepada 2 orang anak.
Dan tidak dilupakan buat ayah aku sendiri, Hj. Adim Ahmad. Selamat hari ayah. Ayah aku nie bukan reti benda-benda nie. Hehehe...Apa-apa pun along nak ucapkan Selamat Hari ayah. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta dimurahkan rezeki. For information, aku panggil ayah aku MAMA. Sebab keturunan bawean. Sebenarnya bukannya MAMA tapi RAMA. Oleh sebab panggil belakang yang MA tue jadilah MAMA. Walau apa pun panggilannya ayah tetap ayah. Happy Father's Day buat semua ayah di luar sana.
Note>>>Ada kad untuk papa daripadanya adriana. Nanti aku update yea..
No comments:
Post a Comment