Tuesday, June 12, 2012

~Lesen Telah Direnew~

Lesen aku sudah direnew yea.  Setiap tahun pun memang aku renew lesen tapi sekadar renew jea dan tidak digunakan pun lesen tue.  Maklumlah aku penakut nak drive.  So, macam-macamlah yang orang kata.  Ada lesen tapi tak drive. :D  Sila tadah telinga ajelah dan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.  Huahuahua...

Bila lesen mati aku memang ingat dan cepat-cepat renew.  Takut terlupa walaupun aku tak gunakan.  Lesen full aku dari tahun 2007.  Kiralah berapa lama aku tak drive setelah aku mendapat lesen.  Keadaan masa tue membuatkan aku tidak belajar membawa kereta sebab asben ada jea.  Boleh hantar dan amik aku.  Itulah mengada-ngada namanya. Hehehe...

Tapi kali nie aku renew lesen rasa berbaloi sebab lesen aku telah pun digunakan sepenuhnya.  Mencari kekuatan untuk drive atas semangat daripada asben, keluarga dan kengkawan.  Kata-kata orang sekeliling yang membuatkan aku rasa bersemangat sebab ada kawan aku kata ada lesen tapi tak drive,  lesen tiap-tiap tahun hidupkan tapi tak drive, bla bla bla...

So dengan ini aku juga telah menjadi pemandu tetapi aku hanya kuat semangat dengan membawa kereta auto.  Tapi ada kata-kata kawan aku yang aku ingat sebab aku kata aku boleh drive auto jea.  Kalau manual memang aku out.  Dia kata bawak yang mana kita pandai.  Kata-kata dialah yang aku ingat.  So janganlah nak samakan aku yang baru beberapa minggu memandu dengan orang yang sudah bertahun memandu yea. :D








                                                                                                                      

2 comments:

Azuin Nazry said...

lesen aku plak lom idup ni..hehe da overdue ni..terpaksa la tumpang naik dgn ko ek..

Nuwairani Ismail said...

hohoh.....same macam kite la ni. bertahun2 dah ada lesen. tapi tak reti nak drive. penakot sangat! renew lak sampai 5 tahun! tamak haloba betul. huhuh