Thursday, June 14, 2012

~1st Trial Red Velvet Cake~

Semalam pagi entry pasal kek, hari nie pun entry pasal kek lagi.  Ini adalah 1st trial aku try buat Red Velvet Cake.  Rasanya aku buat 2 minggu lepas tapi baru la nie nak postkan entry di sini.  Kekangan banyak sangat hingga membuatkan aku draft entry ini sekian lamanya.  Bila nak post entry nie idea menulis tidak kunjung tiba.  Jadi aku pangkah ajelah.  Itulah kekdahnya.

Saje try buat red velvet kek pulak setelah sekian lama nak membuatnya.  Bila rasa nak buat bahan-bahan tak cukuplah pulak.  Itu yang aku berusaha juga pegi membeli bahan-bahannya di kedai kek.  Bahan-bahannya pun boleh tahan payahnya sebab nak guna buttermilk bagai.  Tapi sebab nak buat jugak akan aku usahakan mencari bahan-bahannya. :D

Bila bukan profesional yang membuat kek nie, maka sana sini dan sinun aku mengoogle mencari resepi serta membaca cara-cara membuatnya.  Baca punya baca, belek punya belek.  Makan bulan jugakler.  Hehehe.  Macam nak pi peksa.  Kang tak tahu betul-betul kaedahnya mahu pulak kek aku ke tong sampah.  Aku nie bukan boleh.  Tak jadi jea aku lemparkan ke tong sampah.  Frust jugak tapi mesti aku akan cuba lagi sampai masa laki aku kata tak payah buat lagi.  Hehehe..Setakat yang aku buat kek tak jadi Kek Karamel lah.  Karamel dia jea selalu tak jadi.  Rasanya dah 3 kali aku buat.  Yang kali kedua dan ketiga ok sikitlah berbanding yang pertama aku sedekahkan ke tong sampah.

Inilah hasil Kek Red Velvet aku atau si merah baldu.  Hehehe..Agak comot yea.  Aku close up dari atas jea.  Tak amik gambar dari sisi sebab sebelah sisi topping creamcheese tidak menutupi keseluruhan kek sebab aku dah malas nak adun lain.  Pemalaskan?Kena pertingkatkan lagi.  Keknya dah ok cuma toppingnya.  Tak apalah baru 1st trial kan memandangkan aku nie belajar sendiri ikut buku jea.  Teringin jugak nak pi belajar buat kek.  Tunggulah satu hari nanti kalau ada kelapangan dan ada masa yang terluang.  Puas hati bila kek nie habis dimakan.  Hilang segala penat lelah membanting tulang di dapur.  :D  Di bawah aku sertakan resepinya sekali.  Sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya!!!!

RESIPI RED VELVET CAKE
Sumber : Kak Ummi

Bahan-bahan :
1 cawan butter - suhu bilik
3 cawan gula putih
6 biji telor (*ummi guna size A)
1 oz (*ummi guna 2 sudu besar) pewarna merah
3 sudu makan serbuk koko
3 cawan tepung serbaguna
1 cawan buttermilk
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu makan cuka (*white vinegar)

Topping :
1 paket (8 oz) cream cheese
12 oz white chocolate
1 cawan butter - lembutkan

Cara Menyediakan :
Preheat oven pada suhu 165 C. Griskan loyang 8 x 8 x 3. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula hingga berkrim. Tambah telor satu persatu dan pukul sebati setiap kali telor dimasukkan. Campurkan pewarna dan serbuk koko, kacau sebati. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau. Masukkan tepung secara berperingkat dengan buttermilk. Kacau sebati. Masukkan esen vanila dan garam. Dalam cawan campurkan baking powder dan cuka, kacau dan tuangkan ke dalam adunan. Kacau rata (jangan over mix). Tuangkan ke dalam loyang. (*ummi dapat 1 loyang 8x8x3 in dan 1 loyang 3x5 in.) Bakar pada suhu 165 C selama 20 - 25 minit/hingga masak.

Untuk topping :- Cairkan white chocolate dan biarkan suam. Dalam bekas lain, pukul cream cheese hingga ringan dan gebu, masukkan white chocolate dengan butter dan pukul hingga lembut. Kemudian bolehlah dihias atas kek.

Sekian untuk entry yang sudah lama tertunggak ini.  Selamat mencuba!!!!




                                                                                                                    


5 comments:

~aSFaLiZa~ said...

sedap nya kak.... bila la saya nak pandai mcm akak ni

DIANA said...

LOYANG 8X8X3 TU ROPE DIE MCM MANE?CER CITE?

Nuwairani Ismail said...

tak pernah pulak buat kek RV guna resepi kak ummi. lenkali bleh try kot.

mira_mokhtar said...

nak sikit hehehe..

Mizz ErMa said...

wah, cayalah tuan belog..sy pulak, kalo setakat buat kek batik tu boleh ler, itu pon ckup2 mkn aje..hik3,