Tuesday, June 12, 2012

~Juadah Berbuka Posa~

Juadah berbuka untuk semalam sebab aku dan asben berpuasa.  Dapatlah sehari posa.  Alhamdulillah.  Dari sehari ke sehari nak puasa.  Memandangkan rasa diri tak sempat nak bersilat di dapur sebab sampai rumah pun dah pukul 6 petang.  Siapkan budak 2 orang tue lagi dan siapkan diri sendiri memang tak sempatlah nak masak.  Alasan kan??Dalam erti kata lain malas pun yea.  Hikhikhik...

Semalam keluar ofis pukul 4.30 petang.  Sejak drive sendiri ke ofis aku masuk pukul 7.30 pagi dan balik 4.30 petang.  Aku singgahlah pasar malam.  Sebelum tue dah bagitahu asben nak singgah pasar malam jea.  Amik pesanan daripada dia nak makan apa.  Asben kata nak makan Laksa.  Ok senang sikit kejaan aku.  Otw nak amik anak-anak aku singgah dulu pasar malam.  Kang amik dia orang dulu mahu aku jadi tarzan kat pasar malam tue.  Adalah lebih baik aku pegi sendirian aje dan inilah hasil-hasil pembelian aku di pasar malam.  Ikut tekak orang puasa semua benda nampak sedap dan semua nak dibelinya.

Ini dia 2 bungkus Laksa.  Satu untuk asben dan satu untuk aku.  Harga 2 bungkus laksa RM5.00

Aku beli sebungkus roti john yang berharga RM3.00 dan juga sebungkus apam balik berharga RM2.50 untuk adrianammar.  Gambar apam balik non ado.  Tak dan nak amik gambar apam. :D

Dan inilah rupa laksa yang aku beli.  Sedap sikit daripada yang aku beli tempohari.  Itulah juadah kami berdua untuk berbuka semalam.  Alhamdulillah kenyang sampai termengah-mengah.  Berbuka posa sambil melayan cite Seindah Sakura.  Lepas berbuka jea mata pun mula memberat.  Rasa bagai digam-gam aje.  Lepas solat jea terus kebaboomm...Bila dah tidur awal terjagalah tengahmalam.  Inilah yang aku tulis entry ini.  Sekian...








                                                                                                                                  

1 comment:

Nuwairani said...

lagu2 dalam blog ni best lah! pasni leh bukak selalu la. hihih