Wednesday, June 27, 2012

~Kenduri Di Rumah Jiran~

Ini cerita minggu lepas lagi..Cerita untuk hari khamis lepas bertarikh 21 Jun 2012.  Entry sebelum nie cerita hari jumaat dulu.  Ini barulah nak cerita hari khamis.  Terbalik kot.  Ini jiran rumah mak aku.  Sebab kami sudah dijemput aku dan asben pun datang untuk memenuhi undangan.

Lagi pun malam tue tak ada apa-apa program bolehlah datang.  Lepas maghrib keluar rumah sebab rumah jiran mak aku buat kenduri lepas solat isyak.  Maklumlah nak puasa ramai buat kenduri nak sambut puasa.  Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat aku amik.

Adriana berbaju tidur jea sebab mamanya malas nak tukar baju lain.

Anak-anak bersama bibiknya.

Inilah antara makanan yang terhidang.  Nyum nyum nyum...

Ammar yang keboringan.

Siap nak suap bibiknya makanan.

Aku bergambar bersama dengan adik ipar, nayli dan juga ammar di belakang itu.  Dia buat hal sendiri.  Gambar ini disnap oleh anak daraku.  Hikhikhik..Nasib tak bergegar gambar.

Me with mom.  Gambar nie pun adriana yang snap.  Oklah sikit.  Hari tue dia jadi photoG untuk kami.  Aku berjubah hitam yang dibeli oleh mak aku masa mak mengerjakan haji tahun 2009.  Sekian.









                                                                                                                   

1 comment:

sueada said...

xpenah lagi p kenduri sempena puasa. klu kenduri utk ari last2 puasa slalu, kak.