Friday, June 8, 2012

~Penangan Dari Cerita~

Penangan dari cerita yang aku tengok maka terbelilah novel-novel ini.  Rasanya sudah lama aku tidak membaca dan membeli novel.  Sebab tak baca??Malas tue satu hal, tak ada masa pun satu hal.  Kalau baca pun amik masa. Entah makan berapa minggu atau bulan mahupun tahun.  Dasyhat bebenor bunyinya.

Kang baru feeling nak baca novel yang budak 2 orang tue bukan boleh.  Maknya baru nak melunjur kaki sorang nak susulah, yang sorang lagi buang airlah.  Sudahnya novel ke mana aku pun kemana.  Itulah sebabnya aku nie tak bolehlah nak sambung belajar.  Memang sekerat jalanler jawabnya.  Otak pun dah tepu.  Cukuplah kot dengan apa yang aku ada.  Bersyukurlah katakan.  :D

So, inilah 3 buah novel yang sudah menjadi koleksi peribadi aku sejak 2, 3 menjak nie.  Ini semua akibat dan gara-gara cerita yang dipertontonkan di televisyen yang diadaptasikan daripada novel.  Bila suka tengok cerita tue jadi aku pun carilah novelnya untuk dijadikan koleksi aku.

Inilah novel pertama yang aku beli setelah sekian lama tidak membeli.  Ini semua gara-gara cerita Nora Elena dan Seth Tan nie.  Mula-mula tak ikut sangat tapi dah sekali tengok tue menarik pulak.  Teruslah tengok sampai ke penghujungnya.  Nak cepat tahu endingnya.  Bila dapat tahu cerita Nora Elena diadaptasi daripada novel Kasih Yang Suci terus terasa nak membeli.  Novel nie aku beli secara online sebab masa tue nak baca novel sebab nak tahu endingnya.  Gara-gara tak sabar beli secara online.  Tapi dah tak ingat aku beli kat mana.  Harga buku dan termasuk pos semuanya berjumlah RM24.00.

Ini novel kedua aku beli iaitu Ombak Rindu.  Tapi yang ini aku tak menontonnya di wayang sebab ajak asben bukan mahu pun.  Sudahnya tengok kat rumah jea.  Itu pun asben download kat mana ntah.  Dia tahu bini dia nak tengok.  Sebelum nie memang pernah baca novel nie tapi belum ada koleksinya.  Apa lagi aku pun nakler beli novel nie.  Masa nie aku kirim officemate aku yang kebetulan nak ke Mydin dan kebetulan masa tue kat Mydin ada pesta buku jadi aku pun kirimlah.  Cover buku pun cantik.  Ada gambar Maya Karin dan Aaron Aziz.  Harga buku nie RM19.90.

Lepas tue aku beli novel ini pulak iaitu Gemersik Kalbu.  Maknanya ini novel ketiga yang aku beli sebab cerita Gemersik Kalbu yang ditayangkan di tv memang aku mengikuti jugak.  Bukan minat pada Ayu Raudah tapi minat pada Aqasha.  Comel gitu.  Ahak..Suka dengan watak Aqasha dalam cerita nie dan aku suka tengok endingnya.  :D  Kisah di sebalik membeli novel nie adalah aku terbeli sebenarnya.  Cadang nak beli tapi masa beli belum rasa nak beli.  Masa tue dekat beli barang dapur kat Tesco kebetulan lalu depan satu kedai aku ternampak novel nie.  Terus jea aku beli sebab dah alang-alang nampak baik beli.  Kang masa cari tak jumpa aku frust pulak.  Harganya pun RM19.90.

Dan inilah koleksi novel terbaru yang aku beli.  Orang lain dah berpuluh novel beli aku baru beli 3 buah jea.  Adalah beberapa novel lain pernah aku beli tapi ntah kemana hilang bayangnya.  Masa sekolah rajin baca novel yang aku pinjam dari library sekolah.  Sekarang nie baru datang balik minat nak baca novel tapi kenalah amik masa nak menghabiskannya.  Bukan boleh baca macam dulu-dulu.  Baring-baring, golek-golek sambil melayan novel.  Sekarang banyak benda nak diuruskan.  Nak layan novel time anak-anak semua dah tidur.  Masa tu baru boleh layan dan sudahnya aku pun lelap bersama novel.  Sekian...

Note>>>Berhajat nak beli 2 buah novel iaitu Kasih Antara Kita cerita Cinta Buat Emelda dan Seindah Sakura.  Tunggu gajilah yea..Beli jea dulu novel-novel nie tapi bacanya belum tentu. :D







                                                                                             

2 comments:

::CIK LYNN:: said...

hehe...cik lynn pn sma...t'ikot2 nk bli...tp xbaca lg pn...sbok dgn study...

cik lynn dh bli kasih yg sci n kasih ntra kita...=) ombak rindu plak dpt hdiah GA..hehe

Zefa NorAsmara said...

Ibu Yusuf jenis tak sabar bila baca novel.. bila baca nak terus sampai habis. Tu yg jadi 'malas' nak layan novel sbb mmg tak buat benda lain la kalau menagadap novel berterusan..