Pages

Friday, June 22, 2012

~Last Weekend Story~

Sudah masuk weekend yang lain barulah nak update cerita weekend minggu lepas.  Sebab tak nak gambar-gambar yang ada dibiarkan saje maka aku abadikan juga di blog aku ini.  Kalau nak cuci gambar-gambar yang ada memang taklah kan.  Paling tidak pun simpan kat laptop.  Bila nak bukaklah satu-persatu folder yang ada.  Mata pun naik juling.  Hehehe

Cerita weekend lepas bermula dengan hari sabtu.  Siangnya aku macam biasa tak kemana-mana.  Hanya bersantai-santai di rumah bersama anak-anak.  Macam biasa asben aku keje.  Malamnya baru cadang nak keluar ke Jusco.  Memang tak ada tempat lain.  Jusco jusco dan jusco.  Nak beli puting.  Sebelum kuar call mak aku.  Mak aku kata 'long, mak nak ikutlah.'  Aku pun suruh mak aku siap.  Lepas maghrib kita orang kuar dari rumah.

Ini masa dekat Jusco.  Sedang menanti papa membelek sesuatu di dalam kedai.

Keluar-keluar kedai snap gambar kita orang.  Nampak nau aku jea yang 'ss' pandang kamera.  Yang lain tak pandang pun.

Dari jusco kami cadang nak makan dulu.  Aku macam biasalah kalau tahu nak keluar malam tak masak pun kat rumah.  Hehehe..Mula-mula nak makan roti nan tapi big bos kata nak makan KFC.  Layankan aje.

Ammar dan makanan tidak dapat dipisahkan...Hehehe..Dapat makanan diam jea..

Inilah hidangan untuk aku.  Banyak tak aku makan??Kuat makan!!!!

Cerita hari ahad pulak, aku menghadiri kenduri kawin kawan sekolah aku di Taman Peringgit Jaya.  Korang tahu tak kat mana??Hehehe...Kat Melakalah berdekatan dengan rumah mak aku.  So aku bawak anak-anak aku ke rumah mak sebab tak bawak ammar.  Mintak mak jagakan kejap.  Aku janji dengan kawan aku nak pi sama-sama.  Kawan aku amik kat rumah mak aku.  Biasalah bila asben keje hujung minggu kenalah pandai-pandai bawak diri.  Keluar dengan izin yea..Hehehe..

Di majlis kawin kawan sekolah aku iaitu Zailina Ai'syah dan suaminya Hesham.  Kawin dengan orang Arab.  Ada jugak kawan yang kawin dengan orang luar.  :D

Masa untuk pulang.  Suruh adriana bergambar dalam kereta sebab menunggu kawan-kawan aku yang berbincang di luar.

Entah apa yang dibincangkan.  Dengar cerita dia orang nak ke Genting beramai-ramai.  Itulah kot yang dibincangkan.  Kalau aku bujang bolehlah join.  Hehehe...

Anak aku yang keboringan aku suruh lagi bergambar.  Sampai macam gini posingnya.  Janji happy yea nana!!!

Tak habis bincang lagi.  2 gambar aku dapat snap yang dia orang sendiri tak tahu.

Lepas tue settle dan aku terus balik rumah mak aku.  Tunggu asben aku sebab nak ke hospital nak tengok pakcik aku di HDW dan pakcik aku telah pun kembali ke rahmatullah rabu lepas.  Nanti aku cerita yea.  Al-Fatihah buatnya.









                                                                                                                      

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kfc tue nampak sedap je sbb ila tak makan lagi kiki