Thursday, April 5, 2012

~Layan Cite Ini Pulak~

Lama dah tak terconggok depan tv.  Last yang aku betul-betul fokus tengok tv sebab melayan cerita Gemersik Kalbu tapi Adriana cakap Gemersik KEKABU.  Kadang tengok berita pun setakat yang penting-penting.  Ada masa hilang fokus sebab fokus kepada 2 askar aku yea.

Inilah akibatnya bila dah mulakan mesti melarat.  Itulah kisahnya bila aku mula tengok episod 1 untuk cerita Bunga-bunga Syurga.  Kalau permulaannya sudah nampak menarik mesti nak tengok sampai endingnya.

Bunga-bunga Syurga yang ditayangkan di TV3 setiap hari jumaat jam 9 malam.  Kalau tertinggal episod aku tengok dekat MalayMoviesFull.  Nak jugak tahu jalan ceritanya.  Tak nak ketinggalan tapi yang heroin tue geram pulak.  Lembik sangat.  Ish aku nie memandai aje nak komen. :D

Lagi satu drama yang aku layan Cinta Buat Emelda.  Cerita yang diadaptasikan daripada novel Kasih Antara Kita.  Ditayangkan di TV3 jam 7 malam setiap hari Isnin hingga Khamis.

Di sini aku aku letakkan sinopsis untuk kedua drama di atas.

Sinopsis Drama Bunga-Bunga Syurga Slot Zehra TV3

Kisah bermula dengan perjuangan seorang pemuda yang menyelamatkan tiga anak yatim piatu setelah dianiayai saudara mereka yang kejam. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12.

Mereka bakal mewarisi harta jutaan ringgit, namun bapa saudara mereka, Azmin dan isterinya, Baidah sanggup mengkhianati amanah tersebut apabila mengambil sebahagian daripada harta anak yatim ini.

Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak Baidah dan menyebabkannya lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka. Ini membuatkan Azmin mula insaf dan kembali ke jalan ALLAH SWT.  Kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia, memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq.  Kecewa dengan perbuatan ibunya, Aiman bertindak membawa anak yatim ini keluar dari rumah itu.

Atas bantuan Haji Halim (Datuk Eizlan Yusof), Aiman berjaya meneruskan misinya. Namun Haji Halim pula mahu bermenantukan Aiman untuk anak gadisnya, Shaffiyah (Wawa Zainal).
Apabila melihat gambar Shaffiyah. Aiman terkejut kerana gadis itu adalah Sofea, perempuan simpanan bapanya, Azmin.

Apakah yang berlaku?

Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda Slot Akasia TV3
 
Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira.

Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania.

Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser.

Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya.

Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? Jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda.
 
Korang tengok tak drama bersiri ini?Jom kita layan...Nak kena beli novel Kasih Antara Kita pula memandangkan aku sudah beli 3 buah novel setelah aku menonton ceritanya di tv dan juga di pawagam.








2 comments:

mummY daniSha said...

suke tgk gak..sebab ada mia sara...comel!danisha pun suke sebab ada mia heeee

Kakzakie Purvit said...

Teringin juga kakak nak tengok tapi kalau hari sekolah kakak susah sikitlah.. kalau cuti sekolah dapatlah tonton sebab anak boleh belajar siang.