Wednesday, April 18, 2012

~No Wordless Wednesday For Today~

Morning...

Hari ini tak nak buat entry wordless wednesday.  Hari nie nak berkata-berkata.  Mahu menaip sebanyak yang boleh.  Nak memerah otak untuk mengarang supaya sesekali otak ini berfikir.  Selalu memang banyak pikir pun.  Hikhikhik...Motif sebenar??Entahlah.  Tak ada motif. 

Nak cite pasal ammar.  Alhamdulillah ammar sudah sihat.  Sudah kembali aktif dan kembali ceria.  Mama sudah hilang rasa susah hati.  Memang sangat-sangat susah hati bila anak tidak sihat.  Semua ibu, mak, mama, umi, mummy akan rasa begini bukan.  Apa-apa pun rutin harian kembali seperti biasa setelah 4 hari aku menjadi seperti bukan orang.  Hehehe.  Tidur malam tak lena, asyik berjaga, nak-nak sendiri pun tengah tak sihat haruslah jadi seperti bukan orang.  Abis jadi apa kan??Pikirlah sendiri.

Inilah ammar.  Gambar minggu lepas sebelum ammar demam.  Masa nie sedang tunggu papa.  Nak ke keje nie. 

Ammar sudah kembali ceria seperti ini.  Cuma sesekali masih merengek tapi masih boleh dikawal.

Oklah itu saje entry pagi ini.  Aku mahu pergi sarapan dulu yea sebelum memulakan kerja-kerja di atas meja ini.  Mari kita isi minyak dulu.  Korang dah sarapan tak??Pada sesiapa yang belum sarapan baik pegi sarapan dulu, kalau yang sudah sarapan bolehlah mulakan tugas anda. :D  Kena sarapan dulu ok sebab aku ada terbaca artikel berita harian mengenai sarapan pagi yang berbunyi 'Tak sarapan, minda tumpul.'  Moral : Marilah kita bersarapan.








                                                                                               

3 comments:

Kakzakie said...

Kalau anak dah sembuh memang leganya tak terkata Fida... siapa yg ada anak tahulah... syukurlah ammar dah sihat

Azuin Nazry said...

Alhamdulillah..Ammar da sihat..Nasyran & Najwa pulak kna ulser mulut nih..huhu sian ssh nak mkn,mnm..

mummY daniSha said...

tp danisha susah tul nak sarapan..bekal selalu x luak haissshhhh