Pages

Monday, April 23, 2012

~Jamuan Hari Lahir Dan Persaraan~

Jumaat lepas, sebelah petangnya ofis aku mengadakan jamuan hari lahir dan persaraan buat Hjh Rahmah yang akan bersara 1 Mei ini tapi Hjh amik cuti rehat sebab cutinya masih berbaki 7 hari.  So, hari jumaat last perkhidmatan beliau di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

So, ajk kelab adakan sekali jamuan hari lahir bagi staf-staf yang menyambut hari lahir mereka pada bulan Mac dan juga April.  Ofis aku memang adakan 2 bulan sekali untuk jamuan hari lahir.  Baru aje dikuatkuasa tahun nie.  Sebelum nie tidak pernah buat pun.  Seronoklah kan.  Potong kek dan dapat hadiah daripada kelab.  Jom layan gambar yang tidak seberapa nie.  Kamera aku tak canggih so ada gambar yang tak clear.  Kot tangan aku yang bergoyang sebab ada gambar blur aje.  Sila salahkan kamera aku!!!!

Inilah kek hari lahir bagi bulan Mac dan April.

Macam biasa haruslah aku bergambar dengan Kak Nisah.

Itu dia Kak Zu dan Timbalan Pengarah kami, Puan Irine.

Mentang-mentang pakai galaxy note.  Amik gambar kek. :D

Dihias dengan belon-belon.

Inilah tempat yang aku duduk hari jumaat lepas.  Sudah amalkan 5S kan.  Jangan lupa masukkan kerusi semula.

Cik pengerusi sedang berucap.

Timbalan pengarah pula berucap.

Inilah orang yang diraikan.  Hjh Rahmah yang akan bersara.  Timbalan Pengarah memberi hadiah untuk Hjh buat kenangan daripada kami semua.

Unit Psikologi memberi hadiah khas buat Hjh.

Kemudian disampaikan pula hadiah untuk orang yang menyambut hari lahir.  Bos bahagian aku yang menyampaikan hadiah bagi Puan Irine yang menyambut hari lahirnya pada Mac lalu.

Kemudian hadiah untuk yang menyambut hari lahir pada bulan April.

Yang ini pula sumbangan untuk anak masuk hospital.

Masa untuk memotong kek.

Akhir sekali kami bergambar bersama-sama dengan Hjh Rahmah.

Buat yang menyambut Hari Lahir diucapkan Selamat hari Lahir.  Semoga murah rezeki dan dipanjangkan usia.  Bagi Hjh yang akan bersara Selamat Maju Jaya.  Semoga bergembira bersama keluarga.









                                                                                                                     

1 comment:

.:fyzz:. said...

yg penting ada acara makan2..alahai sedapnya tgk kek tuh..
fyzz nih kalau tgk makanan skang nih sngt teruja tau..
pepun selamat bersara pd puan hjh rahmah..(tui kan nama gitu?)