Tuesday, April 10, 2012

~Simple Dinner Malam Tadi~

Memandangkan semalam aku puasa balik kerja dengan kelam kabutnya ke dapur untuk memulakan aktiviti di dapur.  Sampai jea rumah kuarkan ayam dulu dari peti sejuk.  Then kemas apa yang patut dan menyiapkan diri sebelum aku bersilat gayung di dapur.  Masak simple aje pun tapi macam nak masak apa aje.

Bila nak mula memasak mari kita mula dengan memakai apron.  Kalo guna apron tak adalah bahan tumisan terkena baju ketika memasak.  Malam tadi asben yang request nak makan sizzling.  Aku yang puasa dia yang request yea.  Layan ajelah.  Sekalinya ayah aku pulak ada bungkuskan aku keow teow basah bila dia tahu anak dia nie posa. 

Inilah rupanya sizzling yee mee yang sudah siap untuk dimakan ketika berbuka.  Sempat jugak aku amik gambar yea.  Sesiapa nak mencubanya aku letakkan sekali resipinya.

SIZZLING YEE MEE

Bahan-bahannya :
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa 
  • Sayur sawi
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air
  • Sedikit minyak utk menumis

Cara-caranya :

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yang telah dipotong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Kemudian masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan serta sayur sawi.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar dan hidangkan panas-panas.
Oklah selamat mencubanya.



                                                                                             

    5 comments:

    Kakzakie said...

    Beruntung apabila dlm masa berpuasa kita turut masak utk org lain menikmati sama Fida...

    Seleralah berbuka semalam ye..

    Siti said...

    wah..sizzling tu.. terror sungguh!

    wan nurul hezrina said...

    mmg nurul sukanie sizzling=)oklah fida bleh bg resipi..bleh copy=)

    ♥♥azatiesayang ♥♥ said...

    Salam Ida..rajin berpuasa,k.atie pon ada 2 hari lom ganti2 nih :D
    Nampak sedap mee tu...lg menyelerakn bila dinikmati bersama kluarga.

    @lfidah @dim said...

    kak zakie>>alhamdulillah..sangat berselera semalam..:D

    siti>>>tak terror pun.

    nurul>>>nanti cuba yea..:D

    atie>>>wsalam...cubalah kak..