Monday, April 30, 2012

~Butter Cake With Buttercream Topping~

Cerita pasal semalam lagi.  Bukan nak cari pasal ok.  Hehehe.  Ini kiranya kesinambungan cerita di sini.  Semalam lepas settle masak aku baking kek lagi.  Ada officemate order lagi untuk besday wifenya.  Kali nie nak buttercake.  Nasib sebelum nie aku pernah mencuba membuat buttercake.  Jadi confidentlah sikit nak membuat butter cake.

Oleh sebab officemate aku nak amik kek nie hari ini maka aku kena siapkan semalam jugak dan settle mendeko kek habis dalam pukul 10 malam.  Sejak akhir-akhir nie aku suka bermain dengan buttercream.  Sangat puas hati bila dapat menghias kek dengan sempurna.  Cuma perlu dipertingkatkan lagi.  

Jom tengok hasil kerja daripada aku.  Dah macam blog masak-masak pulak.  Aku bukanlah chef atau yang mahir dalam masakan tapi aku memang meminati bidang ini sekarang.  

Inilah butter cake selepas ditooping dengan buttercream. 

Inilah hasil deko aku.

Pandangan dari sisi pulak.  Dah penat buat kek jadi harus amik banyak gambar.

Close up sikit gambar kek aku.

Ini pandangan dari sisi sebelah lagi.  Itulah hasil kek aku iaitu kek mentega.  Harap kawan aku berpuas hati dengan kek aku ini.  Selamat menjamu selera yea.  Nanti aku letakkan resipi butter cake di lain entry yea.  Sekian.





                                                                                                                     

1 comment:

fazilzura said...

wahhh makin terer dik non sorg ni ..

leps ni leh wat kek lapis tu plak yeeee...