Pages

Wednesday, April 11, 2012

~Aktiviti Hari Ini~

Paginya hanya menonton televisyen menyaksikan Siaran Langsung Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke 14.  Itu pun bukan boleh fokus sangat pun.  Sementara menunggu ayam di dapur hilang bekunya sebab baru kuar dari peti sejuk.  Selesai menonton aku mulakan kerja-kerja di dapur yea.

Ini dia ayam goreng madu.

Menu hari ini adalah nasi ayam.  Tunggu mak ayah aku dan adik aku datang.  Then makan tengahari sebab kami mahu pergi rumah mertua adik aku mahu jumpa seseorang sebab sudag 2 minggu tidak ketemu.  Sudah rindu.  Obek pun dah rindu sama dia.

Ini dia orangnya yang kami hendak jumpa.  Nayli di pangkuan obek.  Sedang nyenyak tidur.  Uminya kata siang dia tidur malam berjaga. :D  Terubat rindu nenek dan atok.  Duduk di rumah mertua adik aku dalam sejam kemudian kami pulang.

Oklah...itu aje aktiviti untuk siang tadi.  Malam nie ada program di taman.  Jamuan 'potluck'.  Kami bawak roti john.  Itu pun beli aje.  Aku tak dan nak prepare apa-apa.  Sekian...Lewat malam kang aku update lagi yea.  Ammar dah macam-macam posisi kat aku nie hah.  Daaaaa




 




                                                                                                                       

1 comment:

.:fyzz:. said...

sedapnya nasi ayam..dok ingt nk wat gak..tp asik2 terlupa..
ala tomeynya naily