Sunday, April 15, 2012

~Cerita Semalam~

Semalam adalah hari yang sangat merisaukan aku.  Aku memang tak buat keje apa.  Kemas umah tak, masak tak.  Badan aku pun tengah tak sihat.  Ammar pun tengah demam.  Nasiblah asben ada membantu semalam.  Dia tak keje.  Alhamdulillah.  Semalam mata aku nie mengantuk aje siangnya mungkin sebab berjaga malam.  Ammar tido aku pun kebabooom tidur jugak.  Zzzzzzzzz. 

Inilah ammar.  Masa nie aku sedang lipat baju sambil jaga dia.  Gigihkan diri untuk buat keje sebab dah dapat kata-kata daripada asben.  Banyak tido lagi letih.  Asben aku memang kalau kita tak sihat memang kata-kata semangat dialah suruh kita kuatkan diri.  Cuba dia kalau sakit.  Nak-nak kena migrain.  Do not disturb!!!!!Kahhhhhhh.  Ampun yea bang.

Ammar merengek.  Yang nie barulah dia lelap.  Nasib dia nak letak tuala.  Itu pun amik masa.

Sebelah malamnya aku ajak jugak asben pi klinik sebab tak sedap hati betul tengok keadaan dia.  At least kalau ke klinik doktor boleh tengok dan doktor akan bagi ubat antibiotik.  Lepas maghrib kami kuar ke klinik yang berdekatan aje.

Ke sinilah hala tuju kami, Poliklinik Wahidah bawah opis aku jea.  Nasib tak ramai orang.

Ammar dengan moodnya yang tak elok.  Badannya kejap panas, kejap sejuk.

Kakak terpaksalah berdikari sendiri.  Kadang datang jugak mood tak elok dia itulah yang buat pening.

Lepas settle jumpa doktor, amik ubat demam, selsema, antibiotik dan batuk.  Total semua RM32.00.  Doktor kata badan ammar panas.  Masa cek suhu 38 darjah celcius.  So doktor masuk ubat bontot sebab doktor takut kena sawan.  Jauhkanlah.  Lepas settle kat klinik kami pergi mengisi perut.  Semalam memang kami laki bini bermalas-malasan saje.  Memang tak masak.  Itulah cerita semalam.  Harap ammar cepat sembuh.  Mama susah hati.  Oklah sekian dulu ceritanya nak pi tengok ammar.









2 comments:

.:fyzz:. said...

harap2 ammar dh Ok dan sihat..actually ammar saya pun tak sihat tau..hari jumaat ritu..dia cam panas skit badan..tp still aktif..then asik2 la cirit2..smpai hari tuh ja dh dekat 7-8 kali..then pe lagi saya n hubby terus bawk ke Poliklinik Mutiara la..mujur panel klinik ....tidak RM Rm RM gak la kena byar..

Farid bin Aspar said...

Salam akak, saya boleh bantu bagi diskaun 5% untuk ke Polikinik Wahidah tu, Cuma perlu aktifkan Mykad secara PERCUMA di Poliklinik Wahidah Merchant MyKad Smart Shopper Program. Kalau akak tak tahu lagi, boleh lihat senarai tempat di kawasan Melaka yang boleh dapat diskaun dan mata ganjaran hanya tunjukkan MyKad. Sekadar berkongsi sahaja. Terima kasih akak.