Friday, November 11, 2011

~Salam Pagi Jumaat~

Assalamualaikum...

Pagi jumaat yang sangat tenang bagi diri aku.  Penghulu bagi segala hari.  Semoga hari ini menjadi lebih baik daripada semalam.  Lupakan apa yang telah terjadi.  Mulakan lembaran yang baru.  Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.  Begitu juga dengan diri aku.  Manusia bukan sempurna. 

Mungkin itu cara mereka.  Tapi setiap yang mereka lakukan akan mendapat balasan.  Tidak akan ada yang baru kalau bukan daripada yang lama.  Kadang manusia sering alpa dan lupa diri.  Siapalah kita untuk menilainya kerana kita juga tidak sempurna mana.  Oklah sudah melalut pulak. 

Pagi ini, ofis aku ada buat mesyuarat pagi bersama kakitangan jabatan.  Timbalan pengarah yang menjadi puan pengerusi.  Antaranya isu yang dibincangkan mengenai esok Family Day di Ismah Beach Resort.  Yeah, esok kita orang ada Family Day.  Rasanya ini 1st time aku join sepanjang 5 tahun aku berkhidmat di sini.  Memang sangat teruja untuk menanti hari esok.  Esok aku just pegi dengan adriana jea.  Asben keje.  Ammar terpaksa ditinggalkan memandangkan asben tak ada.  Aku takut nak handle seorang diri dengan askar-askar aku tue.  Program pun dari pagi sampai petang.  Tak sesuailah kalau nak bawak ammar ke hulu ke hilir.  Adik, duduk kat rumah dengan nenek yea.  Nanti besar kalau ada lagi Family Day baru adik ikut.

gambar dari google

Sarapan pagi ini mee sup.  Makanan yang disediakan semasa mesyuarat pagi.  Mee sup bersama teh o.  Alhamdulillah kenyang.  Bila perut sudah kenyang mata pun mula memberat.  Baiklah kita melakukan kerja.  Kena exercise di dalam ofis nie.  Oklah nak mulakan kerja dan akan bersambung lunch hour nanti.  Sekian...

Nota Kaki>>Rambut sama hitam tapi hati lain-lain..

1 comment:

Widi Dede said...

nikmat tuh makanan :D

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/